Contoh Soalan Temuduga Jawatan Kerani/ Pembantu Tadbir Beserta Tugas
Berminat nak jadi kerani di sesuatu syarikat? Dalam perkhidmatan awam, jawatan kerani ini adalah bersamaan dengan “Pembantu Tadbir”. Jawatan kerani atau Pembantu Tadbir ini boleh dikatakan agak famous dan paling diminati oleh rakyat Malaysia yang mencari kerja. Tak perlu kelulusan yang tinggi pun, dengan sijil SPM pun anda dah boleh mohon jawatan kerani tau!
Bagi yang berminat nak jadi kerani/ Pembantu Tadbir, pastikan anda tahu ya tugas-tugas jawatan ini supaya mudah urusan temuduga anda nanti. Soalan tentang tugas ini kerap ditanya dalam temuduga untuk uji pengetahuan calon tentang jawatan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tugas beserta contoh soalan temuduga bagi jawatan Kerani/ Pembantu Tadbir.
Isi Kandungan
TUGAS JAWATAN KERANI/ PEMBANTU TADBIR
Nak tahu apa tugas sebagai kerani/ pembantu tadbir, anda boleh rujuk di bawah:
- Membuat draf dan menaip surat untuk ditandatangan oleh bos
- Menyimpan dokumen penting dalam fail
- Menguruskan urusan surat-menyurat
- Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat
- Menguruskan resit atau invoice keluar dan masuk
- Membuat penyata gaji untuk kakitangan
- Memaklumkan kepada bos atau majikan jika terdapat perkara yang urgent
- Menghantar email atau fax kepada organisasi, pelanggan, syarikat atau badan tertentu
- Menyediakan laporan dan minit mesyuarat jabatan
- Menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada orang berkenaan
- Melaksana tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERANI/ PEMBANTU TADBIR
Antara soalan-soalan yang ditanya ketika temuduga bagi jawatan Kerani/ Pembantu Tadbir adalah seperti berikut:
- Please introduce yourself in English?
- Ceritakan dengan lebih lanjut mengenai keluarga anda.
- Bagaimanakah anda tahu mengenai kekosongan jawatan di syarikat ini?
- Ceritakan apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?
- Adakah anda membuat research mengenai syarikat ini?
- Adakah anda mempunyai masalah tempat tinggal atau kenderaan untuk berulang alik kerja?
- Boleh ke bekerja dibawah tekanan?
- Adakah anda mempunyai komitmen yang lain? Adakah ia mengganggu kerja anda?
- Anda mempunyai latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Kimia, sanggup ke bekerja sebagai kerani? Mengapa?
- Pernah buat ke minit mesyuarat?
- Ada basic akaun tak? Pernah buat akaun?
- Ada apa-apa soalan tak?
Walau apa pun soalan yang ditanya dalam temuduga nanti, pastikan anda jawab dengan tenang dan tidak gopoh. Sebab itu penting anda buat persediaan awal.
Semoga bermanfaat!