Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Contoh Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 Terengganu

Oleh eduadmin • January 13, 2020 • 2 min baca

Contoh Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 Terengganu
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Peperiksaan SPM ini selalunya bakal menentukan hala tuju para pelajar setelah lima tahun pembelajaran di sekolah menengah dan seterusnya menuju ke pengajian peringkat tinggi atau lebih dikenali sebagai IPTA dan IPTS.

Dalam persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM, ibu bapa dan pelajar pelajar kini semakin ke hadapan untuk memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan. Ada di antara mereka yang menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas, menghadiri kelas tuisyen intensif di luar waktu persekolahan.

STUDI SOALAN PERCUBAAN SPM LEPAS

Selain dari pembelajaran di sekolah dan juga tuisyen. Pelajar juga boleh gunakan peluang untuk studi contoh-contoh soalan percubaan SPM lepas.

Dengan cara ini, pelajar SPM dapat membiasakan diri dengan soalan-soalan sebenar yang bakal ditanya dalam peperiksaan sebenar nanti. Selain itu, format soalan dan skema jawapan bagi satu-satu soalan dapat dikenalpasti.

Ini bakal membantu jika format soalan yang serupa ditanya dalam peperiksaan SPM sebenar nanti.

Di sini pihak EduBestari.com ingin kongsikan koleksi kertas soalan dan skema jawapan bagi peperiksaan percubaan SPM tahun 2019 serta tahun 2018 untuk rujukan para pelajar. Antara koleksi kertas soalan termasuklah subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Prinsip Perakaunan dan Sains.

Begitu juga subjek mengikut aliran atau jurusan seperti Kimia, Fizik, Biologi, Lukisan Kejuruteraan, Geografi, Sains Rumahtangga, Pertanian dan lain-lain.

SOALAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2019 BAHASA MELAYU KERTAS 2 TERENGGANU

Di bawah merupakan Contoh Soalan Percubaan SPM Bahasa Melayu Kertas 2 Terengganu khas untuk rujukan anda. Pastikan anda download dan buat latih tubi bagi setiap soalan.

Ulang kaji yang dijalankan juga akan menjadi lebih komprehensif dan menyeluruh untuk memastikan kesemua topik di dalam subjek telah pun dibaca dan menjalani proses latihan.

SOALAN PERCUBAAN SPM TERENGGANU

Calon SPM sesi terkini boleh download contoh soalan percubaan Bahasa Melayu Kertas 2 di bawah untuk dijadikan rujukan awal.

Klik pautan yang disediakan dan download soalan yang disediakan. Cuba jawab dan buat persediaan sewajarnya.

🏴󠁭󠁹󠀱󠀱󠁿CONTOH SOALAN PERCUBAAN NEGERI
  • TERENGGANU
Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.