Resume BRIN, Resume Paling Banyak Dijadikan Contoh Di Seluruh Dunia. Ini Sebabnya

Jika anda sedar, kebanyakan bentuk resume yang dihasilkan oleh ramai orang sebenarnya lebih kurang sama sahaja. Pasti anda tidak pernah terfikir kan siapa sebenarnya yang hasilkan template resume yang ramai gunakan sekarang?

Sebenarnya resume yang kebanyakan orang gunakan untuk dijadikan contoh ketika mencari kerja adalah hasil daripada CEO syarikat Google dan Alphabet, Sergey Brin.

Kenali siapa itu Sergey Brin dan ketahui ciri-ciri resume beliau yang menyebabkan resumenya menjadi contoh di seluruh dunia.

KENALI SERGEY BRIN

Serge Mikhaylovich Brin, lahir pada 21 Ogos 1973 merupakan seorang saintis komputer dan usahawan internet Amerika Syarikat kelahiran Rusia. Bersama-sama dengan Larry Page, beliau mengasaskan Google. Brin ialah Presiden syarikat induk Google Alphabet Inc.

Sehingga Oktober 2018, Brin merupakan orang terkaya ke-13 di dunia dengan nilai bersih AS$50.6 billion.

Resume BRIN Paling Banyak Dijadikan Contoh Di Seluruh Dunia. Ini Sebabnya

KEISTIMEWAAN RESUME BRIN

Berikut adalah ciri-ciri dan keistimewaan resume BRIN yang dijadikan contoh oleh pencari kerja di seluruh dunia:

  • Resume BRIN tidak menggunakan ayat yang terlalu panjang
  • Kesalahan tatabahasa yang minima
  • Mempunyai perincian yang sangat sesuai dan menarik minat untuk orang membacanya
  • Di bahagian pengalaman kerjaya, Brin menerangkan setiap satu apa yang beliau pernah lakukan di setiap syarikat yang beliau pernah bekerja
  • Brin menggunakan link dan HTML Code dari menaip atau menulis ayat yang panjang dalam resume beliau. Sangat menarik kerana beliau bijak menjadi lain daripada yang lain
  • Menyertakan bersama hasil kerja Brin seperti research dan artikel yang pernah dibuat sebelum ini pernah diterbitkan dan ditonjolkan sekali kepada bakal majikan

CONTOH RESUME BRIN

Pasti anda tertanya-tanya kan macam mana rupa resume BRIN yang menjadi contoh ramai orang ini? Lihat contoh resume di bawah dan lihat betapa kreatifnya Brin dalam menghasilkan resumenya sehingga menjadi contoh pencari kerja sehingga kini.

Resume BRIN Paling Banyak Dijadikan Contoh Di Seluruh Dunia. Ini Sebabnya Resume BRIN Paling Banyak Dijadikan Contoh Di Seluruh Dunia. Ini Sebabnya

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma