Langkah Mudah Claim Gantirugi Maksima RM300 Jika Barang Poslaju Hilang

Siapa tak ‘frust’ kan bila barang yang di pos hilang begitu saja? Sekiranya anda seorang peniaga tiba-tiba barang yang dipos kepada pelanggan hilang tidak dapat dikesan sebenarnya anda boleh buat laporan dan minta gantirugi atas kehilangan barang tersebut.

Namun pihak Pos Laju telah menetapkan bahawa tuntutan gantirugi hanya boleh dibuat dalam masa 30 hari daripada tarikh penghantaran tersebut.

Jika anda nak tahu macam mana nak tuntut gantirugi atas kehilangan barang dari Poslaju, ikuti perkongsian di bawah.

SYARAT TUNTUTAN GANTIRUGI

Sebarang tuntutan gantirugi akibat kehilangan atau kerosakan hanya boleh dituntut oleh pengirim atau wakil yang dipersetujui secara bertulis oleh pengirim. Tuntutan gantirugi mesti:

  • Dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengeposan. Pos Malaysia tidak akan melayani tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh 30 hari dari tarikh pengeposan,
  • Dikemukakan secara bertulis atau menggunakan Borang Maklumbalas Pelanggan yang disediakan,
  • Disertakan bersama salinan Nota Konsainan Domestik,
  • Disertakan bersama Invois harga isi kandungan,
  • Disertakan bersama Invois Bercukai (resit yang dikeluarkan oleh cawangan Pos Malaysia)
  • Disertakan bersama salinan pengenalan diri yang sah atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) jika penuntut merupakan Syarikat,
  • Diserah kepada Cawangan Pos Malaysia berhampiran.

BAYARAN TUNTUTAN MAKSIMA

Tanggungan Pos Malaysia terhadap tuntutan kos kerugian langsung bagi item rosak atau hilang, kerosakan atau kehilangan yang disebabkan serahan tidak mengikut alamat yang ditulis oleh pengirim dan kerosakan atau kehilangan yang berlaku sebelum item diserah mengikut alamat yang ditulis oleh pengirim, adalah terhad mengikut jumlah berikut:

  • Jumlah sebenar kehilangan atau kerosakan yang dialami, berasaskan kandungan dan nilai sebenar kandungan yang telah diisytiharkan pada Borang PL1A semasa pengeposan atau maksima RM100 bagi dokumen atau bungkusan yang beratnya kurang daripada 2kg, tertakluk yang mana lebih rendah,
  • Jumlah sebenar kehilangan atau kerosakan yang dialami, berasaskan kandungan dan nilai sebenar kandungan yang telah diisytiharkan pada Borang PL1A semasa pengeposan atau maksima RM300 bagi dokumen atau bungkusan yang beratnya bersamaan dan melebihi 2kg, tertakluk yang mana lebih rendah,
  • Jumlah sebenar kehilangan atau kerosakan yang dialami, berasaskan kandungan dan nilai sebenar kandungan yang telah diisytiharkan pada Borang PL1A semasa pengeposan atau
    maksima RM300, tertakluk yang mana lebih rendah bagi item yang telah dikenakan caj perlindungan secara automatik (menerusi Pos Coverage)
  • Terhad kepada satu tuntutan untuk satu item pengeposan sahaja, tertakluk yang mana lebih tinggi tetapi tidak melebihi had maksima tanggungan Pos Malaysia. Sekiranya nilai pengeposan melebihi had tanggungan

LANGKAH CLAIM GANTIRUGI

Untuk buat tuntutan gantirugi, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali, semak status barang secara online melalui Track & Trace. Jika anda cek barang sudah lebih 4 hari masih tak sampai dan tiada status barang sampai ke destinasi seterusnya cuba langkah seterusnya.
    Langkah Mudah Claim Gantirugi Maksima RM300 Jika Barang Poslaju Hilang
  2. Hubungi Customer Careline Poslaju di talian 1-300-300-300 untuk semakan status. Anda akan diminta untuk tunggu sehari untuk buat pengesahan.
  3. Pergi ke Poslaju di mana anda hantar barang untuk buat semakan pengesahan dan laporan.
  4. Anda akan diminta untuk isi borang report. Ada dua hela borang yang perlu diisi
  5. Lampirakan sekali salinan cosignment note, salinan kad pengenalan dan salinan bukti pembelian.
  6. Mukasurat pertama, isikan butiran kes dan barang.
    Langkah Mudah Claim Gantirugi Maksima RM300 Jika Barang Poslaju Hilang
  7. Mukasurat kedua, nyatakan berapa anggaran jumlah gantirugi anda (jumlah maksima mengikut syarat)
    Langkah Mudah Claim Gantirugi Maksima RM300 Jika Barang Poslaju Hilang
  8. Serahkan semula kepada pihak Poslaju
  9. Untuk semak status permohonan tuntutan, anda boleh hubungi Unit Pampasan.
  10. Bayaran pampasan maksima mengikut berat akan dimasukkan terus ke akaun yang telah anda isikan dalam borang.
  11. Siap!

Mengikut pengalaman seorang pengguna, proses untuk membuat tuntutan ini memakan masa lebih kurang 1 bulan sahaja. Jadi anda diminta untuk sabar walaupun sebenarnya anda kecewa jika barang hilang. Perlu diingatkan bahawa anda hanya boleh buat tuntutan dalam 30 hari daripada hari penghantaran barang sahaja.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma