Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cetakan Sijil Perakuan Perniagaan SSM Percuma Buat Mangsa Banjir

Oleh Cikgu Shaari • December 29, 2021 • 2 min baca

Cetakan Sijil Perakuan Perniagaan SSM Percuma Buat Mangsa Banjir
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan pemilik perniagaan yang musnah akibat banjir secara percuma melalui pelaksanaan inisiatif ‘Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terbabit Dengan Bencana Alam’.

Inisiatif itu diperkenalkan bagi membantu pemilik perniagaan yang terbabit atau terkesan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini, untuk mendapatkan salinan cetakan sijil berkenaan tanpa sebarang bayaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut inisiatif penggantian sijil perakuan perniagaan percuma dan cara dapatkan tawaran ini.

TEMPOH TAWARAN CETAKAN SSM PERCUMA

Untuk makluman anda, Sijil Perakuan Pendaftaran SSM yang hilang atau rosak akibat banjir boleh didapatkan semula secara percuma dalam tempoh berikut:

  • 60 hari selepas berlakunya bencana alam

CARA DAPATKAN CETAKAN SIJIL SSM PERCUMA

Pemilik perniagaan yang ingin dapatkan cetakan baru bagi Sijil perakuan Perniagaan yag hilang atau rosak akibat banjir boleh dapatkan secara percuma dengan:

  • Hadir ke kaunter perkhidmatan SSM berdekatan

Pastikan anda hadir ke kaunter dengan bawa bersama dokumen berikut:

  • Laporan polis; atau
  • Dokumen berkaitan yang membuktikan bencana berlaku di premis perniagaan atau alamat kediaman pemilik perniagaan tersebut

Menurut SSM, tempoh pengecualian ini berkuatkuasa dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya bencana alam.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.