Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Panduan Cetak Sijil Vaksinasi Di MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri/ Negara

Oleh Cikgu Shaari • October 11, 2021 • 2 min baca

Panduan Cetak Sijil Vaksinasi Di MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri/ Negara
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebelum ini Kerajaan mendengar saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghalang perjalanan rentas negeri bagi menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai. Memandangkan negara kita sudah mencapai tahap imunisasi yang agak tinggi, iaitu telah mencapai 90%, kerajaan memutuskan untuk memberi kebenaran untuk rentas negeri.

Bukan sahaja merentas negeri, rakyat Malaysia juga boleh keluar negara mulai 11 Oktober 2021! Namun kebenaran ini diberi dengan syarat lengkap divaksin. Orang ramai kini boleh cetak sijil vaksinasi yang terkini melalui MySejahtera masing-masing sebagai bukti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan cetak sijil vaksinasi di MySejahtera.

SYARAT UTAMA RENTAS NEGERI

Untuk makluman anda, syarat utama kepada mereka yang ingin rentas negeri bermula 11 Oktober 2021 adalah mesti lengkap vaksinasi.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan tiada lagi sekatan jalan raya bagi menyekat pergerakan, tetapi pihak polis akan buat pemeriksaan secara rawak di mana-mana sahaja seperti R&R dan lain-lain bagi mengesan kesalahan itu.

Oleh itu bagi melancarkan urusan nanti, orang ramai boleh cetak sijil vaksinasi di MySejahtera sebagai persediaan dan bukti vaksinasi.

PANDUAN CETAK SIJIL VAKSINASI DI MYSEJAHTERA

Sebelum anda dapatkan sijil vaksinasi, pastikan anda ‘update’ aplikasi MySejahtera anda terlebih dahulu. Berikut adalah panduan cetak sijil vaksinasi yang terkini melalui MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik Profile
  3. Klik Refresh bagi yang pertama kali ingin dapatkan sijil vaksinasi
  4. Klik Download di bawah sijil vaksinasi digital anda
  5. Sijil vaksinasi anda akan dipaparkan

Pastikan anda tidak berkongsi sijil dengan orang lain kerana sijil vaksinasi yang dikeluarkan untuk setiap individu adalah berbeza dan hanya individu yang lengkap divaksin sahaja akan mendapat sijil vaksinasi di MySejahtera.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.