Categories
Kerjaya

Tips Mencari Maklumat Isu Semasa Utama Untuk Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan

Anda calon temuduga bagi jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Tahu tak antara soalan yang sering ditanya kepada calon terutama bagi jawatan-jawatan gred 29, 41 atau lebih tinggi adalah tentang isu semasa? Jangan terkejut pula bila panel tanya soalan ini! Pastikan anda ambil tahu isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara untuk persediaan temuduga. […]

Categories
Kerjaya

Format Email Yang Betul & Step By Step Mohon Kerja Melalui Email, Jangan Tersalah Langkah

Anda dah baca 6 kesalahan calon mohon kerja yang disenaraikan oleh seorang CEO menurut pemerhatiannya? Jika sudah, pasti anda akan tahu banyak sebenarnya kesalahan simple yang ramai calon terlepas pandang! Ramai calon tak tahu cara hantar email permohonan kerja yang betul. Jika majikan minta anda hantar resume melalui email, jangan main hantar sahaja. Selain daripada […]

Categories
Kerjaya

Jangan Buang Masa Mohon Jawatan Gred 19 Jika Ada Degree, Ini Sebabnya

Setiap calon yang mohon jawatan kosong kerja kerajaan melalui laman SPA9 kena ingat ya, jangan sesekali mohon jawatan dengan kelayakan SPM iaitu gred 19 sekiranya anda ada kelayakan Ijazah Sarjana Muda ataupun degree. Mungkin ramai lepasan graduan yang masih mohon jawatan dengan gred 19 kerana peluang mendapat panggilan lebih mudah. Memang benar, pengambilan jawatan gred […]

Categories
Kerjaya

Graduan Pointer Rendah? Ini 5 Cara Tonjolkan Diri Untuk Lulus Temuduga

Anda graduasi dengan pointer CGPA biasa-biasa sahaja atau rendah? Pointer yang rendah tidak bermakna anda tidak boleh buat kerja! Namun, nak memasuki pasaran kerja dengan pointer yang rendah, graduan mestilah tonjolkan diri semasa temuduga. Anda mesti yakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon pekerja yang terbaik untuk syarikat tersebut. Kadang-kadang penemuduga tidak memandang pointer pun. Apa […]

Categories
Kerjaya

Tiada Pengalaman Kerja Berkaitan Jawatan Dimohon, Ini Cara “Jual Diri” Dalam Temuduga

Nama pun “fresh graduate” memang logik lah jika masih tiada pengalaman bekerja. Jika ada pun, pasti pengalaman kerja yang biasa-biasa sahaja selepas SPM. Contohnya yang ramai lepasan SPM buat adalah bekerja di pasaraya. Namun cukupkah sekadar cerita pengalaman tersebut sahaja dalam temuduga? Biasanya Penemuduga tak mahu dengar pun pengalaman kerja yang tiada kaitan dengan jawatan […]

Categories
Kerjaya

Cara “Ramal” Soalan Temuduga Kerja Yang Bakal Ditanya Oleh Panel. Ini Rahsianya

Macam mana nak tahu apa jenis soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga nanti? Bila dah tiba 3 hari sebelum temuduga gemuruh dalam diri dah mula datang. Pasti macam-macam yang calon mula fikir. Apa yang paling difikir adalah macam mana nak jawab soalan temuduga nanti. Oleh itu, calon mestilah buat persiapan dari segi pengetahuan mengenai […]

Categories
Kerjaya

Jangan Terlalu Seronok, Ini 6 Tanda Awal Anda Bakal Gagal Temuduga

Saat selesai temuduga adalah antara saat yang paling melegakan oleh setiap calon. Jangan terlalu yakin dan gembira kerana beranggapan sesi temuduga berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan majikan akan panggil untuk melapor diri nanti. Anda kena ingat, banyak aspek yang dinilai semasa temuduga. Walaupun penemuduga nampak macam tiada masalah dengan anda semasa temuduga, tidak mustahil […]

Categories
Kerjaya

Calon Bujang Atau Yang Dah Berkahwin Lagi Mudah Dapat Kerja Kerajaan? Baca Penjelasan Ini

Kita sering mendengar bahwa calon wanita yang telah berkahwin memang sukar mendapat tempat di sektor awam. Memang sering juga anggapan-anggapan seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita-cerita khabar angin oleh rakan-rakan mereka. Ada juga yang cakap calon bujang lebih berpeluang untuk dapat penempatan kerja kerajaan kerana beranggapan kurang komitmen hidup yang akan memudahkan […]

Categories
Kerjaya

“Apa Persediaan Anda Buat Sebelum Temuduga Ini?” Ini Point Penting Anda Perlu Cerita Dalam Temuduga Kerajaan

Calon yang pernah hadir temuduga kerajaan pasti pernah ditanya tentang persediaan yang anda lakukan sebelum temuduga. Biasanya soalan ini akan ditanya pada awal-awal sesi temuduga selepas calon perkenalkan diri. Penemuduga menanyakan soalan ini dengan tujuan untuk tahu apa yang calon kaji sebelum temuduga. Nak jawab soalan ini, calon mestilah berhati-hati dan jangan sesekali menipu. Kemungkinan […]

Categories
Kerjaya

Kelemahan Utama Calon Semasa Menjawab Soalan Dalam Temuduga Kerja

Sebelum hadapi temuduga, pastikan anda tahu dulu sebab-sebab yang menyebabkan calon gagal temuduga dan kelemaham semasa menjawab soalan temuduga agar anda tidak mengulangi kesilapan besar yang dilakukan oleh ramai calon ini. Banyak kekurangan utama dikenalpasti di kalangan calon. Jika anda ambil tahu kelemahan-kelemahan ini dari awal, pasti anda boleh atasinya semasa temuduga nanti. Ikuti perkongsian […]

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma