THiHARI Biz: Cara Buat Potongan Gaji Untuk Caruman Gaji Pekerja Ke Tabung Haji
THiJARI Biz adalah sebuah perkhidmatan atas talian yang membolehkan Majikan melaksanakan caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH. Majikan hendaklah mendaftar syarikat di Tabung Haji dengan menghubungi THCC.
Majikan perlu melengkapkan “Borang Maklumat Majikan” bagi tujuan melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk pengesahan transaksi (TAC). Bagi Majikan yang telah mendaftar syarikat di Tabung Haji sebelum ini, Majikan boleh menghubungi THCC untuk mendapatkan Kod Pengaktifan.
Bagi majikan yang ingin buat potongan gaji pekerja bagi caruman ke Tabung Haji, anda boleh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
THIRAJARI BIZ
“THiJARI Biz” bermaksud perkhidmatan dalam talian yang disediakan melalui Laman Web ini yang membolehkan Majikan membayar caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH.
Majikan yang buat potongan gaji bagi caruman gaji pekerja ke Tabung Haji boleh daftar akaun THiJARI Biz untuk mula buat caruman. Majikan hendaklah mendaftar THiJARI Biz dengan menghubungi THCC serta mengisi Borang Maklumat Majikan (JP038)
CARA DAFTAR THIJARI BIZ
Majikan perlu melengkapkan “Borang Maklumat Majikan” bagi tujuan melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk pengesahan transaksi (TAC). Pihak Tabung Haji akan memberikan Kod Majikan melalui emel dan Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari.
Bagi Majikan yang telah mendaftar syarikat di Tabung Haji sebelum ini, Majikan boleh menghubungi THCC untuk mendapatkan Kod Pengaktifan.
Tiga (3) langkah mudah bagi menggunakan THiJARI Biz:
- Log masuk melalui www.thijari.com.my/thijaribiz
- Pentadbir hanya perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan serta mencipta Kata Laluan.
- Seterusnya, Pentadbir hendaklah memasukkan Kod Majikan dan Kata Laluan setiap kali menggunakan THiJARI Biz.
Pentadbir boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI Biz dengan mudah.
PROSEDUR CARUMAN POTONGAN GAJI PEKERJA
- Transaksi caruman potongan gaji Pekerja hanya boleh dilakukan melalui THiJARI Biz setelah Majikan membuat pengaktifan THiJARI Biz sebagaimana yang dinyatakan di Perenggan 2.5. Penghantaran butiran caruman secara manual tidak lagi akan diproses oleh TH.
- Semasa membuat bayaran caruman potongan gaji Pekerja, Majikan/Pentadbir hendaklah memastikan bilangan rekod setiap butiran caruman dan jumlah bayaran adalah betul dan tepat. Butiran caruman potongan gaji dan maklumat bayaran hendaklah dihantar melalui THiJARI Biz mengikut format yang telah ditetapkan.
- Majikan hendaklah memastikan setiap Pekerja yang membuat caruman potongan gaji mempunyai akaun TH yang aktif dan memberikan maklumat nombor akaun TH yang tepat
- Sekiranya Pekerja ingin membuat caruman potongan gaji ke akaun TH mana-mana ahli keluarganya, Majikan hendaklah memastikan ahli keluarga Pekerja tersebut mempunyai akaun TH yang aktif dan memberikan maklumat nombor akaun TH yang tepat. Bagi pilihan ini, Pekerja hendaklah mengisi Borang Caruman Bulanan Majikan (JP010) dan *Borang Agihan Caruman Bulanan Keluarga (JP010-1) yang boleh didapati di laman web TH. Borang Caruman Bulanan Majikan (JP010) dan Borang Agihan Caruman Bulanan Keluarga (JP010-1) ini hendaklah dihantar bersama-sama dengan maklumat lain yang dinyatakan di perenggan 3.2 semasa Pentadbir membuat transaksi bayaran caruman potongan gaji kali pertama.
- Caruman potongan gaji Pekerja akan dikreditkan ke akaun TH Pekerja dan/atau ahli keluarga Pekerja dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas TH menerima butiran caruman potongan gaji dan maklumat bayaran serta bayaran caruman potongan gaji yang tepat.
- Majikan hendaklah menyemak status pembayaran caruman potongan gaji Pekerja di THIjARI Biz selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas transaksi pembayaran caruman potongan gaji dilakukan.
- Sekiranya terdapat butiran akaun TH Pekerja dan/atau ahli keluarga Pekerja yang tidak tepat atau akaun TH Pekerja dan/atau ahli keluarga Pekerja berstatus tidak aktif semasa caruman potongan gaji dilakukan yang mengakibatkan transaksi tidak berjaya, TH melalui Bank yang dilantik akan membuat bayaran balik (refund) kepada Majikan bagi transaksi tidak berjaya tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Bagi transaksi caruman potongan gaji Pekerja yang tidak berjaya diproses, Majikan hendaklah mengemaskini maklumat rekod Pekerja tersebut dengan segera di THiJARI Biz dengan memastikan nombor akaun TH Pekerja atau ahli keluarga Pekerja adalah betul dan berstatus aktif serta nombor kad pengenalan Pekerja adalah yang sebenar.
- Majikan bertanggungjawab memastikan caruman potongan gaji Pekerja dilakukan setiap bulan mengikut bulan potongan. Caruman potongan gaji hanya dibenarkan bagi bulan semasa dan 12 bulan sebelumnya sahaja.
- Pertukaran nombor telefon bimbit berdaftar (untuk penerimaan TAC) hanya boleh dilakukan melalui permohonan ke THCC. Majikan perlu mengisi Borang Pertukaran Nombor Telefon Bimbit Berdaftar (JP039) seperti di Jadual 2 dan diemelkan kepada THCC bagi tujuan tersebut.
Untuk maklumat lanjut berkenaan THiJARI Biz, anda boleh terus ke laman web https://www.tabunghaji.gov.my/