Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri Yang Perlu Dipatuhi

Berita baik buat pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT)! Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kebenaran pelajar IPT pulang ke rumah masing-masing sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, semua pelajar IPT yang akan pulang diminta untuk patuhi SOP yang ditetapkan serta ikut carta alir pergerakan pelajar pulang seperti yang dikeluarkan. Pemulangan pelajar ke rumah adalah secara berperingkat pada 7 hingga 12 Mei 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui carta alir atau langkah-langkah pergerakan pelajar iPT pulang yang perlu dipatuhi.

CARTA ALIR PERGERAKAN PELAJAR IPT PULANG

Pergerakan Pelajar Pulang Ke Rumah (7 ~ 12 Mei 2021)

Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri Yang Perlu Dipatuhi Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri Yang Perlu Dipatuhi

Pergerakan Pelajar Pulang Ke Kampus (15 ~ 20 Mei 2021)

Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri Yang Perlu Dipatuhi Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri Yang Perlu Dipatuhi

KAEDAH PERGERAKAN PULANG

Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri/ daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu:

  • Menggunakan kenderaan sendiri
  • Dijemput oleh ibu bapa atau penjaga
  • Menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT

Pergerakan melalui kenderaan awam TIDAK DIBENARKAN kecuali perkhidmatan penerbangan.

Pergerakan pelajar sempena cuti perayaan Aidilfitri ini dianggarkan hanya melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada enam kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi PdP di kampus sebelum ini.

Rujuk: SOP Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Aidilfitri

NOMBOR BILIK GERAKAN UNIVERSITI AWAM (24JAM)

Berikut adalah senarai nombor bilik gerakan universiti awam (24 jam) yang boleh dihubungi berkaitan pergerakan pelajar sempena cuti aidilfitri:

Carta Alir Pergerakan Pelajar IPT Pulang Sempena Perayaan Aidilfitri Yang Perlu Dipatuhi

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma