Cara Mudah Upload Sijil Kahwin & Dokumen Berkaitan Untuk Permohonan BPR Online

Urusan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 masih belum selesai? Masih ramai rupanya pemohon yang keliru mengenai permohonan baru dan kemaskini permohonan BPR. Ada juga yang mengalami masalah muat naik dokumen ke laman BPR untuk permohonan.

Tak perlu bersesak ramai-ramai ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda boleh selesaikan permohonan anda di rumah sahaja. Sama juga seperti borang permohonan, download sahaja BORANG PERMOHONAN BPR secara online tanpa pergi ambil di kaunter LHDN.

Bagi yang masih tidak tahu cara upload sijil kahwin & dokumen berkaitan untuk permohonan BPR online, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.

SIAPA YANG PERLU UPLOAD DOKUMEN?

Bagi yang masih belum jelas, individu yang perlu upload dokumen berkaitan adalah:

Semak senarai pemohon yang perlu buat permohonan baru dan pemohon yang perlu kemaskini perlu kemaskini permohonan DI SINI.

CARA UPLOAD DOKUMEN BERKAITAN

Berikut adalah langkah-langkah untuk anda upload dokumen berkaitan bagi melengkapkan permohonan BPR secara online:

Permohonan Baru BPR

  1. Pergi ke laman web bpr.hasil.gov.my
  2. Klik Permohonan Baru
    Cara Mudah Upload Sijil Kahwin & Dokumen Berkaitan Untuk Permohonan BPR Online
  3. Lengkapkan maklumat seperti yang diminta
    Cara Mudah Upload Sijil Kahwin & Dokumen Berkaitan Untuk Permohonan BPR Online
  4. Di bahagian Jenis Dokumen, pilih jenis dokumen yang berkaitan dengan status semasa anda
    Cara Mudah Upload Sijil Kahwin & Dokumen Berkaitan Untuk Permohonan BPR Online
  5. Klik Muat naik untuk upload dokumen berkaitan
    Cara Mudah Upload Sijil Kahwin & Dokumen Berkaitan Untuk Permohonan BPR Online

Kemaskini Permohonan

Bagi pemohon yang perlu kemaskini permohonan BPR iaitu penerima BSH dan BPN 2.0, anda perlu log masuk ke laman BPR menggunakan PANDUAN KEMASKINI BPR yang ditetapkan.

Anda hanya perlu upload dokumen sokongan sekiranya:

  • Ada tambahan anak
  • Status bertukar (dari berkahwin ke bujang / dari bujang ke berkahwin)

Sekiranya permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BSH dan BPN 2.0, anda TIDAK PERLU kemaskini permohonan. Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem.

Jadi, jika tiada sebarang perubahan, anda TIDAK PERLU kemukakan sebarang dokumen sokongan semasa kemaskini permohonan BPR 2021.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

Cara Mudah Upload Sijil Kahwin & Dokumen Berkaitan Untuk Permohonan BPR Online

PEMBAYARAN BPR 2021

Permohonan dan pengemaskinian BPR adalah dibuka sehingga 15 Februari. Untuk makluman anda, pembayaran BPR 2021 fasa 1 bagi pemohon yang lulus diawalkan pada penghujung bulan Februari 2021. Semak:

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan permohonan online, anda boleh DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN dan kemukakan permohonan secara manual dengan panduan yang dinyatakan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma