Cara Tukar Duit Syiling Di Mesin Deposit Syiling Bank Seluruh Malaysia & Senarai Lokasi
Bila dah mula rasa seronok menabung, semangat nak menabung sehingga penuh tong besar memang tidak boleh dicegah! Ada juga yang sampai menjadikan tong gas sebagai tabung. Menabung memang seronok, tetapi yang tak seronoknya apabila kena kira duit syiling yang banyak itu dan nak cari tempat tukar..
Tidak perlu bilang pun sebenarnya kerana anda boleh tukar duit syiling di mesin deposit syiling di bank-bank terpilih di seluruh Malaysia dengan hanya masukkan syiling anda dalam mesin yang disediakan. Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin ada juga yang masih belum tahu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara tukar duit syiling melalui mesin deposit bank dan semak senarai lokasi mesin deposit syiling di seluruh Malaysia.
Isi Kandungan
CARA TUKAR DUIT SYILING DI MESIN DEPOSIT SYILING
Langkah 1: Pergi Ke Mesin Deposit Syiling
Anda boleh pergi ke mana-mana jenis bank untuk mesin deposit syiling. Anda boleh semak senarai lokasi mesin deposit syiling di perkongsian bawah. Namun pastikan anda ada akaun simpanan bank untuk mesin tersebut.
Contohnya jika anda pergi ke mesin deposit CIMB, pastikan anda mempunyai akaun CIMB kerana wang yang ditukar akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda.
Langkah 2: Masukkan Duit Syiling Ke Dalam Mesin
Mesin deposit syiling ada 2 butang iaitu butang A dan butang B. Mula-mula tekan Butang A untuk memulakan kiraan duit syiling. Masukkan kesemua duit syiling anda termasuk duit 5 sen. Duit 5 sen dan duit yang kurang baik mesin itu akan keluarkan balik.
Langkah 3: Print Resit Melalui Mesin
Selepas selesai mesin mengira wang dan paparkan jumlah wang, anda akan diberi dua pilihan iaitu sama ada sambung kiraan (butang A) atau selesai (Butang B).
Jika anda selesai, tekan Butang B. Akan keluar 2 resit total amaun yang sudah dimasukkan. 1 resit untuk simpanan sendiri manakala satu lagi untuk anda bawa ke kaunter.
Langkah 4: Isi Borang Deposit
Bila anda sudah ada resit yang dikeluarkan oleh mesin tadi, anda boleh isi borang deposit. Dapatkan borang di kaunter atau tempat-tempat borang. Anda perlu isi nama penuh, nombor akaun simpanan dan amaun yang dimasukkan tadi.
Langkah 5: Ambil Nombor Giliran
Setelah isi borang deposit, ambil nombor giliran dan tunggu giliran anda dipanggil. Beri borang yang diisi beserta resit daripada mesin deposit syiling tadi. Jumlah tadi akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.
SENARAI LOKASI MESIN DEPOSIT SYILING
Semak senarai lokasi mesin deposit syiling di seluruh Malaysia.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menukar duit syling anda. Selepas ini sudah tiada alasan lagi untuk anda tidak menabung. Jangan malu untuk heret tabung besar anda ke mesin deposit kerana pulangan yang anda dapat pasti mengejutkan. Semoga bermanfaat!