Cara Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Yang Betul Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kesedapan Makanan

Bagaimana anda menyimpan makanan dalam peti sejuk di rumah anda? Pasti kebanyakan daripada anda main simpan sahaja kan. Asalkan masuk peti sejuk. Jangan begitu! Nak simpan makanan dalam peti sejuk pun ada caranya.

Tahu tak kenapa penting untuk menyimpan makanan dalam peti sejuk dengan betul? Lihat perkongsian di bawah untuk jawapannya.

Isi Kandungan

KENAPA KENA SIMPAN DENGAN BETUL?

Penyimpanan makanan dalam peti sejuk dengan cara yang betul penting untuk:

  • Memastikan makanan tahan lebih lama
  • Memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat dimakan
  • Mengekalkan rupa dan rasa makanan
  • Mengekalkan kesedapan makanan
  • Mengekalkan kandungan nutrien

CARA PEMYIMPANAN YANG BETUL

Antara bahan-bahan asas keperluan harian anda yang boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan susun atur cara yang betul adalah seperti berikut.

1. Sos

Kaedah Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk Yang Betul Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kesedapan Makanan

Kebanyakan daripada kita pasti suka simpan sos di luar peti sejuk. Tetapi sepatutnya cara yang betul adalah simpan di dalam peti sejuk. Mungkin ramai yang tidak perasan label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis ‘refrigerate after opening’.

Ini adalah untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di sekeliling mulut botol dan penutup botol. Jadi simpanlah di bahagian dalam pintu peti ais.

2. Telur

Kaedah Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk Yang Betul Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kesedapan Makanan

Jangan disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Seeloknya hendaklah disimpan pada bahagian dalam peti (bahagian shelf) kerana pintu peti sejuk adalah kawasan yang mempunyai suhu yang tidak begitu stabil.

Perubahan suhu yang ketara juga boleh menyebabkan telur cepat rosak atau busuk. Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur atau bekas yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor dengan makanan lain dalam peti ais.

Jangan cuci telur anda kerana bahagian kulit telur terdapat satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk ke dalam telur yang mampu percepatkan telur rosak. Cuci apabila mahu masak sahaja.

3. Ubat-ubatan

Kaedah Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk Yang Betul Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kesedapan Makanan

Pasti ramai yang suka simpan ubat-ubatan dalam peti sejuk bahagian pintu peti kan? Untuk makluman, ubat-ubatan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Simpan sahaja dalam kabinet atau pantry tidak kira yang dah berbuka atau belum. Ubat yang dah dibuka pun ada tarikh luput.

Penting juga bila anda dah buka penutup botol ubat untuk terus melabel pada bahagian penutup atau tempat yang mudah dirujuk supaya anda boleh rujuk atau mengira tarikh luput dengan betul dan selamat.

4. Susu

Kaedah Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk Yang Betul Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kesedapan Makanan

Bagi susu tin pekat atau cair boleh disimpan di bahagian pintu peti sejuk untuk memudahkan urusan pengambilan. Sebelum disimpan, jauh lebih baik jika anda alihkan dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup seperti plastik atau kaca.

Elakkan simpan susu bersama dengan tin-tin sekali kerana dalam peti sejuk keadaannya adalah lembap dengan oksigen yang boleh menyebabkan tin berkarat.

Kaedah Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk Yang Betul Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kesedapan Makanan

Susu segar atau susu kotak pula perlu disimpan di bahagian dalam, jangan simpan pada bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya paling tidak stabil, berubah bila anda buka tutup pintu peti sejuk. Perubahan suhu yang kerap boleh menyebabkan susu cepat rosak.

Semoga perkongsian in ibermanfaat buat ibu-ibu yang selama ini salah menyimpan makanan di dalam peti sejuk. Lepas ni, bolehlah kita sama-sama kekalkan kesegaran makanan yang disimpan dalam peti sejuk. Selamat beramal!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma