Cara Setting Mudah Untuk Tonton Netflix USA Dari Rumah Anda. Banyak Siaran Best Versi Sana
Kepada anda yang gemar layan Netflix, tahukah anda bahawa siaran Netflix yang sedang anda gunakan sekarang di Malaysia telah banyak dihadkan? Duduk di rumah sepanjang tempoh PKP pasti ramai yang sudah berasa bosan menonton filem di Netflix yang ada sekarang.
Asyik cerita yang sama sahaja, apa kata anda pelbagaikan lagi filem yang ada di Netflix anda dengan setting mudah untuk tonton Netflix USA dari rumah anda. Sebenarnya filem Netflix yang ditayangkan untuk Malaysia hanya sebanyak 12% sahaja berbanding filem di Netflix US.
Ikuti langkah mudah ini untuk tonton Netflix USA dari rumah anda.
Isi Kandungan
CARA SETTING UNTUK TONTON NETFLIX USA
Untuk iPhone, iMac, iPad, iPod & Apple TV
Buat pengguna iPhone, iMac, iPad, iPod dan Apple TV, ikuti langkah berikut:
- Download apps ”ExpressVpn” di telefon anda.
- Register dan buat pembayaran bagi langganan anda
- Tukar tetapan negara ke US
- Buka Netflix anda seperti biasa dan anda akan dapati Netflix anda terus dalam versi US.
- Anda bole guna trial dulu sebelum membuat langganan penuh.
Smart TV (Contoh LG Smart TV Atau Samsung)
Untuk menggunakan Netflix US di Smart TV anda, anda perlu set up MediaStreamer di Smart TV anda mengikut langkah berikut:
- Muat turun ExpressVPN melalui DDNS hostname.
- Pergi ke dynu.com dan klik di ‘Create Account’
- Selepas anda mendaftar akaun, anda akan menerima emel pengesahan daripada Dynu
- Buka link pengesahan dan log masuk ke dynu.com dan pilih DDNS Services.
- Klik di +Add untuk menambah DDNS service
- Jika anda tidak mempunyai nama domain, masukkan di pilihan 1 manakala jika anda mempunyai nama domain, masukkan di pilihan 2. Setelah itu, tekan +Add
- Selepas selesai anda akan lihat hostname anda. Pastikan Setting di tengah adalah dalam keadaan OFF dan klik SAVE.
Setelah selesai, DDNS hostname anda sudah siap di set up dan sedia digunakan. Buka Netflix anda seperti biasa dan anda akan dapati Netflix anda berada dalam Netflix USA.
Layari ExpressVPN untuk lebih lanjut
Bagi pengguna android TV, anda juga boleh download ExpressVPN seperti SmartTV. Bagaimana untuk pastikan anda sudah dapat akses ke Netflix USA? Cuba anda cari ‘What Happened to Monday’ di carian Netflix anda. Jika ada, maksudnya anda sudah akses ke Netflix USA. Selamat mencuba!