Cara Renew Roadtax Paling Mudah Tanpa Ke JPJ & Tak Perlu Jumpa Ejen. Sekejap Dah Siap!
Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana kebanyakan operasi pejabat telah dibuka, kita dapat lihat kebanyakan kaunter pasti sesak dengan orang. Nak keluar untuk urusan penting pun kena fikir banyak kali lebih-lebih lagi yang ada anak kecil di rumah.
Bagi yang ingin berurusan untuk renew atau perbaharui roadtax, anda sebenarnya tidak perlu pergi ke kaunter JPJ kerana anda boleh lakukan di rumah secara online. Tidak perlu melalui ejen, sekejap sahaja sudah siap!
Baca juga: Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia
Berikut adalah cara renew roadtax paling mudah secara online tanpa pergi ke JPJ dan tanpa berjumpa ejen.
Isi Kandungan
CARA RENEW ROADTAX SECARA ONLINE PALING MUDAH MELALUI MYEG
Panduan ini hanya boleh digunakan untuk renew roadtax kereta sahaja, motosikal tidak boleh.
Ikut langkah berikut untuk renew roadtax secara online beserta insurans sekali menggunakan MyEG.
1. Daftar Akaun
Untuk menggunakan perkhidmatan e-services/ e-perkhidmatan di portal MyEG, anda perlu ada akaun dengan MyEG. Kalau belum ada akaun, anda boleh daftar akaun macam biasa.
Buka portal MyEG dan buat pendaftaran.
2. Login Akaun
Selesai daftar akaun, log masuk ke portal seperti biasa.
3. Cara Renew Insuran Kenderaan Secara Online
Untuk renew insurans melalui portal MyEG, ikuti langkah berikut:
- Klik ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Klik pada butang butang Perbaharui Auto Insuran
- Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG contohnya AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.
- Untuk teruskan, klik sahaja pada ikon syarikat yang anda pilih
- Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.
- Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.
4. Buat Bayaran & Muat Turun Resit Insurans Kenderaan
Selesai isi semua maklumat untuk renew Insuran, harga penuh beserta semua caj yang terlibat akan dipaparkan. Bila dah setuju, terus proceed untuk buat bayaran.
Bayaran boleh dilakukan melalui kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Maybank2u, RHB Online dan Public Bank Online.
Muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan selepas selesai buat bayaran.
5. Cara Renew Roadtax Online
Berikut adalah cara renew roadtax melalui MyEG:
- Login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan
- Klik butang Road Tax Renewal / Baharui Cukai Jalan.
- Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.
- Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEG atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat. (Caj penghantaran dikenakan jika anda pilih penghantaran roadtax ke rumah)
- Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.
- Maklumat roadtax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.
6. Buat Bayaran & Muat Turun Resit
Setelah anda berpuas hati dengan kos yang dipaparkan, teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay. Cara pembayaran adalah sama seperti renew insurans tadi iaitu melalui kad kredit atau perbankan internet.
Setelah buat bayaran, anda boleh muat turun resit sebagai bukti.
Selesai! Setelah selesai urusan, anda hanya perlu tunggu roadtax sampai ke alamat yang anda isikan dalam borang tadi. Anda akan terima roadtax seperti ini.
Anda boleh print sendiri slip sementara jika anda perlu menggunakan kenderaan ke mana-mana dalam masa terdekat sebagai bukti yang anda sudah renew roadtax dan insurans.
Mudah kan? Dengan adanya kemudahan portal MyEG kini anda boleh berurusan melalui rumah sahaja. Selamat mencuba!