Cara Pilih Takaful Medical Card Terbaik Untuk Keluarga Anda
Persoalan mengenai pilihan takaful Medical Card terbaik pastinya akan berlegar di fikiran setiap ketua rumah ketika ingin memilih insuran perlindungan untuk keluarga tercinta. Maklumlah, setiap ketua rumah pastinya inginkan pelan yang terbaik buat keluarga mereka.
Banyak pilihan, sampai tidak tahu yang mana satu patut diambil. Antara Etiqa, Prudential BSN, AIA, Takaful Malaysia, Great Eastern, Takaful Ikhlas dan Zurich mana satu pelan perlindungan insurans takful yang terbaik?
Apa yang membimbangkan adalah apabila ada yang tidak mengambilnya kerana tidak tahu pelan apa yang terbaik dan merasakan ia tiada kepentingan langsung.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai sebab mengapa anda perlu ambil pelan insurans dan cara memilih takaful Medical Card terbaik untuk keluarga anda bagi yang pening nak pilih yang mana satu.
Isi Kandungan
SEBAB KENAPA ANDA PERLU AMBIL INSURANS
Jika anda merasakan pelan insurans hanya akan menyusahkan anda kerana potongan setiap bulan, sila buang mindset sebegitu. Jangan jadikan gaji tidak cukup sebagai alasan jika anda mampu membeli pelbagai kehendak yang tidak perlu.
Pelan perlindungan insurans adalah wajib dimiliki oleh semua orang demi kesenangan dan keselesaan masa depan yang kita tidak dapat jangka bagaimana. Justeru adalah penting untuk anda memilih pelan insurans takaful dan medical card yang benar-benar bersesuaian dengan keperluan anda.
Pelan yang terbaik adalah pelan yang melindungi manfaat dan risiko yang diingini dalam jumlah perlindungan mengikut keperluan individu pada harga yang mampu bayar.
CARA PILIH TAKAFUL MEDICAL CARD
Apabila ikut panduan yang betul, anda akan dapat menikmati penjimatan berganda walaupun membuat komitmen baru dengan syarikat yang menawarkan pelan insurans terbaik untuk anda.
Berikut adalah cara memilih takaful medical card yang terbaik untuk anda.
Pilih Takaful Medical Card Ikut Keperluan
Jumlah perlindungan yang diperlukan oleh setiap orang adalah berbeza-beza. Persatuan Hayat Malaysia menyatakan jumlah perlindungan yang disarankan untuk setiap individu adalah 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan mereka.
Dengan jumlah itu, jumlah pampasan yang diterima dapat menampung perbelanjaan untuk tempoh 10 tahun. Jadi untuk mendapatkan produk perlindungan insurans takaful terbaik, kira jumlah perlindungan yang diperlukan dan bincang dengan ejen insurans takaful anda nanti.
Pilih Takaful Medical Card Ikut Manfaat
Pilih pelan yang menawarkan perlindungan kesemua manfaat asas walaupun tiada satu pelan pun yang mampu melindungi kesemua manfaat asas sekaligus dalam satu pelan. Sebab itulah anda perlu bijak memilih.
Contohnya untuk melindungi aset, anda perlu ambil pelan insurans takaful am. Untuk manfaat kematian atau kecacatan atau kesihatan pula, ambil pelan insurans takaful hayat atau keluarga.
Tidak salah pun untuk ambil pelan insurans takaful berlainan, asalkan tidak melebihi kemampuan diri untuk bayar nanti.
Fahamkan Ciri-ciri Pelan Sebelum Pilih Takaful Medical Card
Pelbagai pelan perlindungan insurans yang ditawarkan oleh syarikat takaful di Malaysia. Kebanyakan pelan mempunyai asas yang sama dengan sedikit perbezaan bagi menonjolkan kelebihan pelan mereka.
Oleh itu, anda perlu fahami setiap pelan yang ditawarkan bagi memudahkan anda memilih pelan perlindungan insuran takaful terbaik dan memenuhi keperluan anda.
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran adalah sangat penting untuk anda lihat sebelum ambil keputusan untuk mengambil pelan. Jumlah bayaran adalah dipengaruhi oleh umur, jumlah perlindungan, manfaat yang dilindungi dan status kesihatan.
Jumlah perlindungan yang tinggi dengan kepelbagaian tawaran manfaat akan memerlukan bayaran yang lebih tinggi. Jadi sangat penting untuk anda kenalpasti keperluan diri dan sesuaikan dengan bajet. Jangan sampai membebankan diri.
Buat Perbandingan
Jangan terlalu terburu-buru untuk membuat keputusan memilih perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga. Jangan hanya sebab kawan kita ejen insurans, kita perlu ambil dengan di terus.
Bandingkan juga dengan pelan yang lain. Banyak lagi pilihan pelan perlindungan insurans takaful. Buat perbandingan kadar premium serta manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans dengan teliti. Jangan sudah pilih secara terburu-buru, baru menyesal!
Tanya Ejen Insurans Takaful
Sebaiknya anda dapatkan bantuan ejen takaful sebagai penasihat kewangan bukannya jurujual semata-mata. Minta pendapat mereka mengenai pelan yang terbaik dan sesuai untuk anda. Usaha untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans takaful terbaik adalah bergantung kepada bantuan ejen insurans takaful pilihan anda.
Jangan pula pilih ejen yang hanya muncul apabila anda nak ambil pelan yang mereka tawarkan dan hilang semasa anda memerlukan pendapat dan nasihat mereka. Pastikan anda mendapatkan khidmat rundingan daripada ejen yang sah.
Fahami Terma & Syarat
Sangat penting untuk anda baca dan faham keseluruhan skop perlindungan, terma dan syarat yang tertulis dalam perjanjian perlindungan insurans. Pastikan anda faham semua peruntukan dalam polisi yang ingin anda beli. Jangan hanya tahu membuat pembayaran, tetapi hakikatnya masih keliru dan tidak tahu kandungan pelan perlindungan yang diambil
Baca Polisi
Selepas menerima pelan talaful, anda mempunyai masa selama 15 hari untuk membaca dan meneliti kandungan polisi. Gunakan peluang tersebut untuk memahami seluruh kandungan polisi dan memastikan ia benar-benar bersesuaian dengan anda.
Semak juga tarikh insurans anda mula berkuatkuasa. Tarikh tersebut mungkin berbeza daripada tarik polisi yang dikeluarkan oleh syarikat insurans.
Baca juga: 5 Jenis Tuntutan Sivil Yang Boleh Dibuat Oleh Keluarga Mangsa Kemalangan Terhadap Pemandu Mabuk
SENARAI TAKAFUL MEDICAL CARD DI MALAYSIA
Berikut adalah cadangan takaful dan medical card yang terbaik di Malaysia yang sering menjadi pilihan ramai.
1 Zurich Medical Card: Takaful Medical
Dapatkan pakej yang mempunyai liputan dan manfaat yang lebih baik. Selain itu, jangan terlalu risau anda tidak dilindungi. Terdapat pelbagai pelan dalam produk ini yang membolehkan anda memilih premium dan perlindungan yang sesuai dengan anda tanpa berbelanja besar setiap bulan.
2 AIA Medical Card: A Life Medic Famili
A-Life Medic Famili adalah kad perubatan yang berpatutan dengan perlindungan komprehensif dan tiada had seumur hidup. Dengan RM150 sahaja, anda boleh melindungi diri sendiri dan orang tersayang anda sehingga berumur 100 tahun.
3 Prudential BSN: Takaful Health Enrich Vital
Pelan ini akan membayar balik semua perbelanjaan kemasukan ke hospital, pembedahan dan rawatan kepada peserta Takaful.
4 Takaful Malaysia: myHealth Protector
Anda boleh terima liputan menyeluruh dengan pilihan sehingga 8 pelan perubatan yang berpatutan untuk dipilih. Tiada ‘co-takaful’ dan boleh dapatkan kembali wang tunai sebanyak 15% pada premium anda. Bagi yang tidak tahu, ‘co-insuran’ atau ‘co-takaful’ adalah bermaksud perkongsian kerugian bersama antara pemegang polisi dan syarikat takaful. Setiap syarikat takaful yang menyediakan medical card mempunyai pelbagai jenis ‘co-takaful’ atau ‘co-payment insurance’.
5 Takaful Malaysia: myClick MediCare
Takaful myClick MediCare menawarkan manfaat perubatan yang komprehensif di hujung jari anda. Bukan sahaja boleh membuat permohonan atas talian, anda juga boleh uruskan pelan perubatan anda secara online bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
6 Takaful Ikhlas: Individual Medical Secure Takaful Rider
Pelan ini akan membayar balik semua perbelanjaan kemasukan ke hospital, pembedahan dan rawatan kepada peserta Takaful.
7 Etiqa Elite Takaful Medic Rider
Takaful ini mahu anda sihat semula anda bukannya bil hospital yang tinggi, yang anda perlu bayar. Etiqa akan uruskan segala benda yang leceh, dari kemasukan dan ‘discharge‘ dari hospital, sehingga anda sembuh sepenuhnya.
Baca juga: Baca juga: CUEPACSCARE. Cara Daftar Program Takaful/ Insurans Penjawat Awam
Sekian sahaja perkongsian mengenai cara memilih pelan takaful dan medical card terbaik untuk anda dan keluarga. Sila cari dan hubungi syarikat atau ejen terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk ambil mana-mana pelan. Jangan buat keputusan terburu-buru. Pastikan anda ikut tips yang dikongsiakan. Semoga bermanfaat!