i-Sinar: Cara Muat Naik Dokumen Sokongan Bagi Permohonan Kategori 2. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
Tidak lulus permohonan i sinar kategori 1? Jangan risau, anda masih berpeluang mohon i-sinar bagi kategori 2. Namun, untuk permohonan i Sinar kategori 2, anda diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti pendapatan anda terjejas.
Untuk makluman anda, bagi yang sudah mohon kategori 1 tetapi tidak lulus, anda tidak perlu membuat permohonan baharu. Anda hanya perlu memuat naik dokumen sokongan dengan langkah yang ditetapkan.
Hanya pemohon yang belum pernah membuat permohonan i Sinar sahaja diminta untuk membuat permohonan baharu kategori 2 bermula 11 Januari ini.
Isi Kandungan
CARA MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN
Ahli yang telah membuat permohonan i Sinar kategori 1 tetapi mendapat mesej PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPROSES, ini bermakna anda TIDAK LAYAK bagi kategori 1. Buat masa ini, pihak KWSP tidak dapat memproses permohonan anda sepenuhnya.
Ahli tidak perlu membuat permohonan baharu untuk kategori 2, anda hanya diminta untuk memuat naik dokumen sokongan bermula 11 Januari 2021 melalui skrin SEMAKAN STATUS di laman ini.
KENAPA DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN?
Dokumen sokongan diperlukan adalah untuk:
- KELULUSAN AUTOMATIK hanya dapat dibuat jika terdapat PENGURANGAN CARUMAN
- Jadi, SEMAKAN SECARA MANUAL akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan
- DOKUMEN SOKONGAN PENTING untuk permohonan dapat diproses selanjutnya
CONTOH DOKUMEN SOKONGAN
Permohonan i Sinar kategori 2 mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis pemberhentian; ATAU
- Bukti pemotongan elaun; DAN/ATAU
- Tuntutan kerja lebih masa
Nak mohon i Sinar kategori 2 tetapi tiada dokumen sokongan yang dinyatakan di atas? Anda masih boleh mohon i Sinar kategori 2 dengan dokumen sokongan lain seperti:
Menurut penjelasan CEO KWSP, belia juga menjelaskan bahawa individu yang tiada apa-apa dokumen sokongan juga boleh mohon i Sinar KWSP. Anda boleh rujuk cara buat permohonan i Sinar kategori 2 tanpa dokumen DI SINI.
PERMOHONAN BAHARU i SINAR KATEGORI 2
Seperti yang dinyatakan tadi, hanya Ahli yang belum pernah membuat permohonan kategori 1 sahaja perlu membuat permohonan baharu mulai 11 Januari 2021. Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan baharu i Sinar kategori 2:
Status permohonan i Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i Sinar kategori 2 anda diluluskan
Anda boleh semak tarikh bayaran pertama dan ansuran bulanan i Sinar anda DI SINI. Sudah jelas dengan cara muat naik dokumen sokongan i Sinar kategori 2?
Semoga bermanfaat!