Cara Mohon Jawatan Guru Guna SPM Sekolah Rendah Kebangsaan, SJKC & SJKT
Anda lepasan SPM, pernah terfikir nak jadi Guru? Nak mohon Guru guna kelayakan SPM tapi tak tahu cara? Kena hantar borang permohonan ke sekolah kah?
Sedikit perkongsian untuk anda, Cara Mohon Guru Guna Kelayakan SPM Untuk Kemasukan IPG. Pastikan anda ikut langkah-langkah memohon seperti di bawah.
Untuk makluman, bagi lepasan SPM yang berminat menjadi Guru anda bolehlah memohon mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Perguruan seluruh negeri.
Di bawah merupakan info penuh permohonan bagi lepasan SPM yang berminat menjadi Guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Calon yang berminat boleh semak kelayakan dan cara untuk membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KETERANGAN PROGRAM
Berikut adalah sedikit maklumat mengenai pelaksanaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP):
- Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
- PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
SYARAT KELAYAKAN
Calon yang ingin membuat permohonan mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan ini:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020
- Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran:
i) Bahasa Melayu
ii) Sejarah
iii) Bahasa Inggeris - Sihat tubuh badan
- Memenuhi syarat pengkhususan
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Antara bidang pengkhususan bagi pengambilan khas yang ditawarkan adalah:
Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Kadazandusun
- Reka Bentuk dan Teknologi
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Muzik
- Bimbingan dan Kaunseling
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
- Sains
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Muzik
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Matematik
- Sains
Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SK/ SJKC/ SJKT)
- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara online mulai 6 Julai dengan langkah-langkah berikut:
- Buat permohonan di portal Portal PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan
- Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan
menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon - Calon dibenarkan untuk mengemukakan satu permohonan sahaja dan kemaskini bila-bila masa sebelum tarikh tutup permohonan
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum 12 Julai 2020.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor
rujukan sebagai pengesahan.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
Calon yang mempunyai kriteria berikut adalah TIDAK LAYAK untuk membuat permohonan
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah
PROSEDUR KEMASUKAN
Prosedur kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG adalah seperti berikut:
TARIKH PROSES PENGAMBILAN
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk proses kerja pengambilan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2020 IPG.
Untuk maklumat lanjut dan syarat kelayakan khusus, anda boleh rujuk iklan penuh di pautan berikut.