Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Permohonan Bantuan Persekolahan & Kolej Vokasional Kebangsaan Veteran ATM. Terima RM500-RM700 Setiap Pelajar

Oleh Cikgu Shaari • July 12, 2020 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Persekolahan & Kolej Vokasional Kebangsaan Veteran ATM. Terima RM500-RM700 Setiap Pelajar
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Satu bentuk bantuan persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan diperkenalkan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah.

Untuk makluman anda, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun. Ikuti perkongsian ini untuk buat semakan syarat kelayakan dan cara memohon.

KELAYAKAN ASAS

Antara kelayakan asas untuk membuat permohonan adalah:

  • Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian.

SYARAT PERMOHONAN

Semak syarat kelayakan permohonan berikut:

  • Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambil kira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
  • Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah seperti berikut:
    i. 45 tahun dan PGK negatif melebihi RM 300.00 kecuali hilang upaya / uzur.
  • Balu tidak ditetapkan had umur.
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  • Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  • RM 500.00 / setahun bagi sekolah rendah.
  • RM 700.00 / setahun bagi sekolah menengah / kolej vokasional.

CARA MEMOHON

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan:

  1. Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) di bawah perkongsian ini.
  2. Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya.
  3. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  4. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  5. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP)

Download Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN (JHEV.BK.2019)

BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM / POLITEKNIK

Anak-anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam atau Politeknik boleh buat permohonan Bantuan Kemasukan ke UA/ Politeknik dan terima bantuan sebanyak RM1,000 di peringkat Diploma dan RM1,500 di peringkat Ijazah.

Semak syarat kelayakan dan borang permohonan Bantuan Kemasukan ke UA / Politeknik di bawah:

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, anda boleh kemukakan kepada kaitangan JHEV di talian 03-2050 8000 atau hadir ke Cawangan JHEV ATM Negeri.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.