Cara Kira Zakat Simpanan Yang Wajib Anda Tahu
Wang merupakan harta cair yang boleh digunakan dalam hal pertukaran, ukuran nilai dan tabungan. Wang yang mempunyai pelbagai bentuk seperti kertas, syiling dan sebagainya setaraf dengan emas dan perak merupakan satu bentuk kekayaan yang memberi kuasa membeli kepada pengguna.
Bagi yang masih tidak tahu, wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun simpanan semasa serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan adalah diwajibkan bayar zakat sekiranya memenuhi syarat.
Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas Zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.
Apa itu zakat wang simpanan? Ikuti perkongsian di bawah untuk tahu lebih lanjut mengenai zakat wang simpanan dan cara mengira kadar zakat wang simpanan yang perlu dibayar.
Isi Kandungan
APA ITU ZAKAT WANG SIMPANAN?
Kewajipan membayar zakat wang telah ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam surah al-Taubah seperti berikut yang membawa maksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu [Surah Al-Taubah (9): 34-35]
Hadis
Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka.[HR Muslim]
CARA KIRA ZAKAT WANG SIMPANAN
Simpanan Dalam Satu Akaun
Katakan seseorang mempunyai penyata simpanan seperti berikut:
Baki terakhir bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah RM91,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.
Jadi pengiraan zakat wang simpanan adalah seperti berikut:
= Baki terakhir (Setahun) x 2.5%
= RM91,000 x 2.5%
= RM2,275
CARA MENENTUKAN HAUL ZAKAT SIMPANAN
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Sekiranya pemilik akaun memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, mereka perlu menjumlahkan kesemua baki terakhir bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila jumlah kesemua baki terakhir tersebut menyamai atau melebihi nisab.
Jadi zakat wang simpanan yang perlu dibayar adalah:
= Baki terakhir x 2.5%
= RM 20,000 x 2.5%
= RM 500.00
Jika institusi kewangan bagi mana-mana simpanan telah menunaikan zakat bagi pihak penyimpan, baki terakhir untuk akaun tersebut tetap perlu dijumlahkan dengan baki akaun simpanan lain untuk mencukupkan nisab. Hal ini untuk mengira status kecukupan nisab bagi keseluruhan wang simpanan pemilik akaun.