Atasi Masalah Cicak Berak Tepi Tingkap & Hujung Lantai Dengan 3 Bahan Mudah Ni. Buat Di Rumah Sahaja

Pasti stress kan asyik lihat tahi cicak di ruangan rumah yang asyik muncul walaupun sudah bersihkan berulang kali? Bukan sahaja nampak kotor tapi baunya juga busuk. Sesetengah orang yang sibuk bekerja seharian pasti tiada masa untuk bersihkan tahi cicak yang tiada kesudahan ini.

Tambahan pula musim raya yang akan tiba tidak lama lagi, pasti ramai saudara mara akan berkunjung ke rumah. Malunya kalau rumah dipenuhi tahi cicak!

Atasi Masalah Cicak Berak Tepi Tingkap

 

Bagi yang tidak tahu, sebenarnya ada cara mudah untuk mengatasi masalah tahi cicak yang memenuhi ruangan rumah seperti tepi tingkap dan hujung lantai.

Tidak perlu risau lagi tentang masalah tahi cicak ini, ikuti perkongsian di bawh bagi cara untuk mengelakkan masalah ini berpanjangan.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Anda hanya perlukan 3 bahan yang mudah didapati di rumah ini iaitu:

  • 1/3 cuka makan
  • 1/3 air
  • 1/3 cecair pencuci pinggan

Atasi Masalah Cicak Berak Tepi Tingkap A& Hujung Lantai Dengan 3 Bahan Mudah Ni. Buat Di Rumah Sahaja

CARA MEMBUATNYA

Anda hanya perlu campurkan kesemua bahan tersenarai di atas. Masukkan ke dalam botol berbentuk spray untuk mudah digunakan.

Semburkan cecair tersebut di kawasan yang cicak suka bersembunyi terutama berhampiran dengan lampu, seluruh bingkai tingkap dan dinding. Dengan semburan ini, cicak tidak akan lagi datang di kawasan tersebut.  Semburan ini juga berfungsi untuk menghalang semut.

Atasi Masalah Cicak Berak Tepi Tingkap A& Hujung Lantai Dengan 3 Bahan Mudah Ni. Buat Di Rumah Sahaja

Mudah bukan kaedahnya? Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi dengan masalah tahi cicak bersepah di ruangan rumah dan tiada masa untuk bersihkannya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma