Bosan Asyik Guna Template Powerpoint Yang Sama, Ini Cara Download Template Powerpoint Yang Menarik & Aesthetic
Sudah bosan asyik guna template yang sama sahaja untuk buat assignment? Cuba ubah gaya powerpoint anda kepada tema yang lebih aesthetic pula, nak buat kerja pun semangat!
Pensyarah pun bosan asyik tengok powerpoint yang sama sahaja pelajar guna, cuba bagi mereka lihat powerpoint yang menarik pula. Mana tahu, boleh memikat hati pensyarah untuk dapat markah lebih pula nanti. Usaha itu kena ada dalam buat kerja. Cuba tengok template powerpoint dari Slidesgo di bawah ni. Menarik kan?
Banyak lagi template yang menarik anda boleh dapatkan melalui Slidesgo dan tidak susah pun. Ikuti langkah mudah di bawah untuk cara download template powerpoint (PPT).
Isi Kandungan
CARA DOWNLOAD TEMPLATE POWERPOINT
1. Cari ‘Slidesgo’ Di Google
Cari Slidesgo di google dan klik yang paling atas.
2. Cari Template Yang Anda Mahu
3. Klik Template Yang Anda Mahu
4. Klik ‘Download a Powerpoint’
5. Tunggu PPT Tadi Selesai Download
6. Buka PPT Yang Di Download Tadi
Apabila buka file yang di download tadi, anda akan terus dapat paparan template tadi di Powerpoint anda. Klik ‘Enable Editing’ dan anda sudah boleh mula edit template tadi dan masukkan isi anda. Selamat mencuba!