Cara Dapatkan No. Pin LHDN Secara Online Untuk Permohonan Bantuan Prihatin Nasional M40

Seperti yang kita tahu, selain golongan B40 golongan M40 juga menerima manfaat daripada bantuan oleh kerajaan kali ini iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Tidak dapat dinafikan, golongan M40 juga banyak terjejas dari segi pendapatan berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan sehingga 14 April ini.

Bagi golongan M40 iaitu berpendapatan RM4,001 hingga RM8000, hampir 1.1 juta isi rumah akan menerima wang sebanyak RM1,000 untuk BPN. Bayaran bantuan akan dibayar dalam dua fasa iaitu RM500 pada akhir bulan April manakala RM500 pada bulan Mei 2020.

Baca: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

Bagi individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dalam kategori M40 iaitu berpendapatan RM2,000 dan ke atas akan dibantu sebanyak RM500 melalui skim ini. Bantuan akan dibayar dalam dua fasa juga iaitu RM250 pada akhir bulan April manakala selebihnya RM250 pada bulan Mei 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui  kaedah bayaran BPN golongan M40 dan cara memohon bagi yang belum berdaftar.

KAEDAH BAYARAN BPN M40

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU MELALUI LAMAN LHDN

Bagi mereka yang belum berdaftar untuk permohonan baru, boleh dibuat mulai 1 April di laman web rasmi LHDNM. Untuk makluman semua, permohonan bantuan hanya boleh dibuat secara online sahaja.

Baca: Kenapa Penerima BPN Bujang Ada Yang Terima RM500 & RM800?

Berikut adalah panduan untuk mengakses masuk atau login ke ezHasil bagi mereka yang belum pernah berbuat demikian atau pertama kali menggunakan sistem e-Filling income tax secara online.

Disertakan juga cara membuat permohonan Nombor Pin untuk Login buat Kali Pertama.

Cara Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan Secara Online di edaftar.hasil.gov.my

  • Sila layari ke laman web edaftar.hasil.gov.my
  • Sebelum mengisi borang dalam laman ini, semak terlebih dahulu sama ada pernah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum. Sekiranya pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step memohon nombor pin e-filing.
  • Untuk semak sama ada sudah mendaftar nombor cukai atau belum, boleh layari ke link e-Daftar Hasil. Jika tiada rekod, boleh ke step seterusnya.
  • Layari ke link daftarindividu.hasil untuk mengisi borang pendaftaran nombor cukai pendapatan. Mana-mana bahagian yang bertanda (*) adalah wajib untuk diisi.
  • Sekiranya mempunyai perniagaan ataupun komisen income, wajib klik pada bahagian “Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)”. Sekiranya tiada, boleh abaikan bahagian tersebut.
  • Sesudah lengkap mengisi borang itu, semak semula maklumat yang diisi dikhuatiri tertinggal sebarang maklumat atau berlakunya salah isi.
  • Selesai di situ, boleh klik hantar atau submit.
  • Selepas submit, nombor cukai dan lokasi cawangan file cukai akan diberi. Simpan maklumat ini sebaik mungkin kerana ianya akan digunakan setiap kali adanya urusan percukaian.
Image from LHDNM

Bagi membuat submission borang cukai pendapatan secara online pula, perlu mempunyai nombor pin e-filling terlebih dahulu sebelum dibenarkan akses ke laman tersebut.

Berikut adalah cara memohon nombor pin e-filing secara online

Cara Memohon Nombor Pin e-FIling Secara Online

  • Sila ke laman web LHDN
  • Klik Permohonan.
  • Klik Permohonan Nombor Pin.
  • Klik Borang CP55D.
Image from LHDNM
  • Sekiranya menggunakan PC, boleh download PDF, manakala jika menggunakan telefon bimbit, boleh save as image dan crop pada borang ini sahaja.
  • Buat yang menggunakan PC namun tiada printer di rumah, hanya perlu insert text pada PDF tersebut dan isi borang mengikut semua maklumat yang diperlukan. Buat yang menggunakan telefon bimbit pula, edit photo lalu insert text.
  • Step terakhir ialah menandatangani borang itu. Kalau menggunakan PC dan tiada printer, apa yang boleh dilakukan ialah menghantar PDF ke telefon bimbit, kemudian screenshotedit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan. Kalau menggunakan telefon bimbit dari awal, boleh edit photo, pilih tool pencil, dan tandatangan.
  • Sekiranya ingin submit menggunakan PC, perlu hantar semula file dari telefon bimbit tadi ke PC untuk dimuat naik pada website.
  • Klik Seterusnya untuk mengisi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin atau boleh terus ke link SINI.

Image from LHDNM

  • Lengkapkan borang.
  • Subjek letak “Mohon Nombor Pin”.
  • Pilih TIDAK pada kolum ‘Borang CP600B dilampirkan’.
  • Muat naik atau upload borang CP55D yang telah diisi sebentar tadi.
  • Lampirkan bersama salinan pengenalan diri.
  • Pada bahagian Butiran sila isi, “Dilampirkan Borang CP55D dan salinan pengenalan diri untuk rujukan selanjutnya.”
  • Akhir sekali klik submit.
  • Selepas submit, anda akan menerima maklumat rujukan seperti gambar di bawah. Tolong simpan sebagai rujukan untuk check maklum balas dari LHDN berkenaan nombor pin yang telah dipohon.

Image from LHDNM

Selain itu, boleh juga merujuk kepada gambar rajah di bawah tentang proses permohonan nombor pin e-filing ini secara ringkas.

Image from LHDNM

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma