Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Kad Bank Rakyat Hilang? Ini Apa Anda Perlu Buat & Bagaimana Daftar Kad Baru

Oleh Cikgu Shaari • April 28, 2020 • 2 min baca

Kad Bank Rakyat Hilang? Ini Apa Anda Perlu Buat & Bagaimana Daftar Kad Baru
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kehilangan kad bank memang perkara yang sering berlaku dalam kalangan kita atas sebab kecuaian diri sendiri ataupun lupa. Terlupa tempat meletakkan atau menjatuhkan dompet adalah sebab yang paling biasa. Apabila kad hilang mulalah timbulnya isu sukar nak keluarkan duit dan sebagainya.

Sekiranya anda mengalami situasi ini, sebenarnya anda tidak perlu risau. Lakukan anda boleh ikut langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan kad pengganti dan mengelakkan orang lain menggunakan kad anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah bertindak segera selepas menyedari kehilangan kad anda.

Berikut adalah tindakan yang perlu anda lakukan sebaik sahaja menyedari kad bank anda hilang dan cara untuk membuat kad bank yang baru.

TINDAKAN JIKA KAD BANK HILANG

1 Block Kad Bank

Langkah pertama yang perlu anda lakukan selepas kehilangan kad debit atau kredit ialah melakukan block kad atau sekat kad ATM tersebut. Bagaimana nak block kad ni, mudah ke?

Jawapannya mudah sahaja, sila hubungi perkhidmatan customer service Bank Rakyat, seterusnya cakap bahawa anda kehilangan kad debit/kredit

Pegawai Bank Rakyat akan segera membantu anda untuk menyekat kad ATM tersebut sehingga wang dalam baki simpanan anda selamat. Mudah sahaja.

2 Caj Kad Bank Hilang

Ramai korang yang tidak tahu berapa sebenar denda kad Bank Rakyat hilang. Selaras semua bank di Malaysia, pihak bank akan mengenakan biaya pentadbiran sebanyak RM12.

Biaya tersebut digunakan untuk pembuatan kad baru untuk mengganti kad lama yang hilang.

CARA BUAT KAD BANK BARU

Jika anda sudah menghubungi customer service Bank Rakyat dan mengetahui berapa caj kad untuk mengganti kad bank yang hilang, langkah seterusnya adalah anda boleh terus ke pejabat cawangan Bank Rakyat terdekat untuk membuat kad ATM baru.

Dokumen yang perlu anda bawa ialah:

  • Kad pengenalan
  • Buku bank
  • Sejumlah wang

Proses membuat kad ATM baru mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Kad ATM baru yang anda buat boleh digunakan secara langsung untuk membuat pelbagai transaksi seperti pengeluaran tunai, pemindahan wang dan pembayaran bil.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang kehilangan kad bank. Ingat, jangan sesekali cuai hilangkan kad bank anda. Jika berlaku, bertindak segera dengan langkah yang dikongsikan di atas bagi mengelakkan wang dalam bank anda habis disapu.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.