Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar

Dalam zaman yang serba canggih ini, nampaknya ramai yang sudah tidak pergi ke mesin CDM/ATM untuk membuat pemindahan wang. Ini kerana hampir semua bank kini telah menyediakan perkhidmatan perbankan internet. Senang, semuanya hanya dihujung jari! Sama juga seperti Maybank yang menyediakan Maybank2u.

Walaupun Maybank telah melancarkan perkhidmatan secure2u Maybank untuk jangka masa yang panjang, masih ramai yang belum menggunakan perkhidmatan ini kerana kekurangan maklumat yang diterima.

APA ITU SECURE2U?

Secure2u adalah perkhidmatan eBanking Maybank untuk transaksi kewangan yang boleh diakses menerusi aplikasi pada telefon pintar dengan sambungan internet supaya pelanggan tidak perlu pergi ke ATM atau bank.

Maybank Secure2u boleh diakses menerusi aplikasi pada peranti Android atau iPhone supaya lebih praktikal daripada perbankan internet maybank.

Perkhidmatan Secure2u Maybank

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Secure2u Maybank adalah:

  • Maklumat baki akaun
  • Pembayaran bil (elektrik, kad kredit, dll.)
  • Beli kredit & top up
  • Buka akaun serta-merta pada secure2u
  • Hantar dan meminta wang, bila-bila dan di mana sahaja
  • Bayar bil dengan rakan dan keluarga
  • Tempah penerbangan dan tiket movie

CARA DAFTAR SECURE2U MAYBANK

Untuk menggunakan perkhidmatan secure2u, anda mestilah memiliki telefon pintar Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat pendaftaran Secure2u maybank.

  1. Download aplikasi Maybank2u MY melalui pautan berikut:
  2. Buka aplikasi tersebut dan pilih Secure2u
    Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  3. Baca maklumat yang diterangkan tentang apa itu secure2u, klik Next
    Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  4. Baca maklumat tambahan tentang secure verification dan secure TAC, klik Register
    Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  5. Jika anda sudah memiliki akaun Maybank2u, sila login menggunakan akaun itu, klik Proceed
    Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  6. Sila sahkan nombor telefon yang digunakan untuk OTP/TAC
    Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  7. Tunggu beberapa saat, pihak maybank2u akan hantar SMS yang berisi kod registration
  8. Masukkan kod/PIN on time password yang anda terima
    Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan. Panduan Lengkap Dengan Gambar
  9. Selesai, anda boleh menggunakan perkhidmatan itu

CARA DAFTAR SEMULA SECURE2U MAYBANK

Jika anda memiliki nombor baru dan pada saat daftar aplikasi secure2u, code OTP/PIN di hantar ke nombor telefon yang tidak digunakan lagi, sila pergi ke cawangan Maybank terdekat atau hubungi customer service dan cakap masalah anda.

Tidak perlu masa lama, customer service akan selesaikan masalah anda. Penyelesaian masalah ini pun berlaku untuk anda yang mendapat pop up merah (your data has been corrupted, please re-register your secure2u).

MASALAH PADA SECURE2U MAYBANK

Jika anda telah menerima pemberitahuan Secure2u tetapi selepas membukanya anda menghadapi skrin kosong, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pergi ke Settings telefon pintar anda
  2. Cari Maybank App
  3. Pilih Storage
  4. Pilih Clear Data
  5. Buka aplikasi Maybank dan lengkapkan dengan butiran anda
  6. Setelah selesai, tap pada menu dan daftar untuk Secure2u

Jika anda tidak dapat menerima pemberitahuan push (notification) dari App Maybank, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Untuk telefon Android:

  1. Pergi ke Settings telefon Android anda
  2. Pilih Apps
  3. Cari App Maybank
  4. Pilih Notifications
  5. Pilih untuk Enable atau pilih ON

Untuk iPhone:

  1. Pergi ke Settings iPhone anda
  2. Cari App Maybank
  3. Pilih Notifications
  4. Pilih untuk Allow Notification

Dengan menggunakan Secure2u anda tidak perlu lagi menggunakan penghantaran TAC melalui SMS. Anda hanya perlu tekan butang Approve pada skrin untuk meneruskan transaksi. Nikmati juga pelbagai kemudahan perkhidmatan lain dengan lebih cepat. Selamat mencuba!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma