Cara Aktifkan Apple Pay. Mudah, “Paywave” Guna iPhone Atau iWatch Je!
Apple pada 9 Ogos 2022 telah mengumumkan pelanggan di Malaysia kini boleh menggunakan Apple Pay dengan iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac mereka. Cara yang lebih mudah, selamat dan selamat untuk membayar segala-galanya dalam rutin harian pelanggan tersedia di kedai di peruncit terkemuka, dalam apl dan di web!
Apple Pay memberikan kelajuan dan kemudahan tambahan kepada kehidupan harian pengguna, sama ada mereka menikmati kopi di Starbucks, membeli barangan runcit dari Village Grocer atau membuat pembelian dalam talian dari Shopee.
Bermula hari ini, beribu-ribu peruncit akan menerima Apple Pay, dengan sokongan daripada beberapa bank paling terkenal di Malaysia merentasi rangkaian kredit dan debit utama.
Isi Kandungan
CARA AKTIFKAN APPLE PAY
Selepas ini lebih mudahlah urusan anda untuk membeli. Dah tak perlu keluarkan kad bank untuk gunakan kemudahan “paywave”. Setelah muat naik kad bank dan aktifkan Apply Pay, anda boleh terus bayar menggunakan “paywave” dengan iPhone atau iWatch dengan mudah.
Berikut adalah panduan aktifkan dan “setting” Apple Pay:
- Pergi ke “Setting” di iPhone anda
- Klik “Wallet and Apple Pay”
- Klik “Add Card”
- Klik “Debit or Credit Card”
- Ikut panduan seperti dipaparkan
CARA BAYAR GUNA APPLE PAY
Dah siap tambahkan kad bank ke Apple Pay? Untuk pengguna iPhone atau iWatch, anda hanya perlu:
- Double click side button
Mudah kan? Lepasni tak perlu susah-susah bawa kad banyak-banyak atau keluarkan kad untuk buat pembayaran.
Semoga bermanfaat!