Mudah, Tak Perlu SSM! Ini Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Sahaja

Zaman sekarang ni ramai yang berniaga tetapi tak semua peniaga ada buka akaun semasa atau akaun bank perniagaan sendiri. Mungkin kerana tak ramai peniaga berdaftar SSM atau tidak mampu keluarkan deposit yang banyak untuk daftar akaun semasa. 

Bagi usahawan yang belum daftar SSM, kini anda boleh daftar SSM PERCUMA sahaja melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin yang telah diperkenalkan oleh kerajaan.

Namun bagi peniaga yang tiada SSM tetapi nak daftar akaun semasa Maybank, anda boleh daftar hanya dengan menggunakan Maybank2u. Mudah sahaja dengan deposit serendah RM500.

AKAUN SEMASA MAYBANK

Bagi yang nak buka akaun semasa Maybank tetapi anda merupakan bukan pengguna Maybank2u, anda perlu sediakan beberapa perkara berikut:

  • Salinan SSM
  • Minimum deposit RM1,000
  • Ada introducer/ pencadang
  • Ada cop perniagaan

Rujuk: Buka Akaun Semasa Maybank Secara Online Tanpa Introducer

Namun semua syarat tersebut adalah TIDAK PERLU jika anda merupakan PENGGUNA MAYBANK2u. Pengguna Maybank2u boleh buka akaun semasa Maybank:

  • Tak perlu SSM
  • Deposit serendah RM500

CARA BUKA AKAUN SEMASA MAYBANK DENGAN MAYBANK2u

Berikut adalah panduan membuka akaun semasa Maybank tanpa SSM dengan deposit RM500 menggunakan Maybank2u:

  1. Pergi ke laman www.maybank2u.com.my
    – Bagi yang belum ada akaun Maybank2u, anda boleh DAFTAR SEKARANG
    Mudah! Ini Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa SSM Dengan Deposit RM500 Sahaja
  2. Masukkan ID, Password dan klik LOGIN untuk log masuk
  3. Dah log masuk, pergi ke bahagian pilihan di Maybank2u anda. Klik APPLY ONLINE
    Mudah! Ini Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa SSM Dengan Deposit RM500 Sahaja
  4. Klik Open a new Maybank2u.Premier Current Account
    Mudah! Ini Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa SSM Dengan Deposit RM500 Sahaja
  5. Klik NEXT untuk isi maklumat permohonan akaun semasa
    Mudah! Ini Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa SSM Dengan Deposit RM500 Sahaja
  6. Dah selesai daftar, nombor akaun semasa anda akan dipaparkan di laman Maybank2u
    Mudah! Ini Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa SSM Dengan Deposit RM500 Sahaja
  7. Buat pengaktifan akaun semasa di cawangan Maybank dalam masa 10 hari

PENGAKTIFAN AKAUN SEMASA MAYBANK

Dah selesai buat permohonan di Maybank2u, anda perlu hadir ke cawangan Maybank berdekatan untuk aktifkan akaun dan buat pembayaran deposit serendah RM500 (boleh dikeluarkan semula) berserta dokumen sokongan berikut:

  • Kad pengenalan atau passport (wajib)
  • Lesen Memandu (sokongan)
  • Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas nama dan alamat anda (sokongan)
  • Letter of employment (sokongan)

Anda perlu mengaktifkan akaun anda dalam masa 10 hari. Pemohon yang GAGAL mengaktifkan akaun dalam masa 10 hari dari permohonan dibuat, akaun yang dibuka akan ditutup serta merta. Anda boleh buat permohonan semula selepas 6 bulan dari tarikh akaun ditutup.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma