Langkah Mudah Buka Akaun Semasa/Perniagaan Maybank Secara Online (Tak Perlu Introducer)
Tidak kira sama ada anda jalankan perniagaan secara kecil-kecilan atau besar-besaran, sangat penting untuk ada Akaun Semasa atau Akaun Perniagaan. Terutamanya bagi yang berniaga secara atas talian. Setiap transaksi keluar masuk anda akan direkod. Jika terlalu banyak transaksi yang meragukan ke Akaun Simpanan, silap-silap anda boleh kena block.
Akaun Semasa/ Perniagaan ini diwujudkan khas untuk transaksi perniagaan. Jadi setiap peniaga wajib ada Akaun Semasa/ Perniagaan.
Isi Kandungan
APA YANG PERLU ADA UNTUK BUKA AKAUN SEMASA?
Untuk buka akaun semasa Maybank, anda perlu ada beberapa perkara berikut:
- Salinan SSM
- Minimum deposit RM1000 (Maybank)
- Ada Introducer/ pencadang
- Ada cop Perniagaan
Baca sini: 5 Tips Buka Akaun Semasa Perniagaan Untuk Yang Baru Nak Mula Berniaga
Sekiranya anda buka Akaun Semasa/ Perniagaan Maybank secara online, anda tidak perlu susah-susah cari introducer. Jadi anda disarankan untuk buka Akaun Perniagaan secara online untuk memudahkan urusan.
CARA BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK SECARA ONLINE
Langkah 1
Layari laman web Maybank2u. Di sudut sebelah kanan klik pada “RECOMMEND ME AN ACCOUNT” dalam kotak hijau.
Langkah 2
Masukkan detail yang diminta seperti jualan perniagaan, jumlah pekerja, jenis akaun, jenis perniagaan dan lokasi pendaftaran perniagaan. Selesai isi, klik “RECOMMEND ME AN ACCOUNT”
Langkah 3
Maybank ada menyediakan 10 jenis akaun perniagaan. Setelah anda isi maklumat seperti di atas, anda akaun dicadangkan satu jenis akaun yang bersesuaian dengan maklumat perniagaan anda. Contohnya ia akan keluar satu jenis akaun seperti ini.
Langkah 4
Jika anda ingin membuka akaun terus, klik pada “ I WANT TO APPLY NOW“.
5. Isi Maklumat Perniagaan
Isikan maklumat perniagaan anda secara lebih terperinci seperti yang diminta. Ikut langkah yang diberikan.
Tekan save & Next sehingga selesai 100%. Selesai!
Baca juga: Cara Daftar Secure2u Maybank Untuk Nikmati Pelbagai Kemudahan
Selesai mendaftar di Maybank2u, anda akan diminta untuk pergi ke cawangan Maybank terdekat dan bawa dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan kad pengenalan asli, salinan SSM dan deposit sebanyak RM1000 untuk aktifkan akaun.
Siap! Tidak perlu Introducer pun boleh daftar Akaun Semasa Maybank.