Panduan Mudah Buka Akaun ASB Secara Online Tanpa Ke Kaunter, Melalui Aplikasi Sahaja
Sekarang ini ASB adalah salah satu tempat simpanan yang terbaik untuk simpan duit sama ada duit simpanan ataupun duit sendiri. Dividen yang diberikan agak tinggi sedikit daripada bank-bank biasa dan ianya memberikan anda alternatif terbaik untuk membuat simpanan duit di sana.
Dalam menyimpan duit di akaun ASB, sebenarnya kita tidak sedar yang kita sedang melabur kerana wang simpanan kita akan bertambah setiap tahun melalui dividen yang diterima. Rugi jika tak ada akaun ASB!
Tahu tak, sekarang ini orang ramai yang masih belum ada akaun ASB dah boleh buka secara online melalui aplikasi MyASNB tanpa perlu ke kaunter lagi. Buat di rumah sahaja! Ikut panduan yang dikongsikan di bawah.
Isi Kandungan
KEMUDAHAN APLIKASI MYASNB
Antara kemudahan yang disediakan di aplikasi MyASNB adalah:
- Daftar akaun baru
- Lihat Portfolio pelaburan
- Paparan baki akaun dengan pantas
- Tambah pelaburan
- Melabur dalam dana lain
- Jejaki urus niaga terkini
- Muat turun penyata akaun
- Periksa harga dana (NAB)
- Kemaskini profil
- Cari cawangan ASB terdekat
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah antara maklumat yang anda perlu sediakan untuk buat pendaftaran akaun ASB:
- MyKad
- Maklumat diri
- Maklumat akaun bank anda yang aktif
CARA DAFTAR AKAUN ASB SECARA ONLINE
Bagi yang nak buka akaun ASB secara online, anda boleh ikut langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyASNB di telefon pintar anda
– MyASNB – Android
– MyASNB – iOS
- Buka aplikasi MyASNB dan klik MULAKAN PELABURAN
- Buka akaun dengan klik Sign Up dan lengkapkan maklumat yang diminta
- Buat pendaftaran dan sahkan pengenalan diri anda
- Tetapkan ID dan kata laluan anda
- Siapkan pendaftaran sehingga habis dan tunggu SMS pengesahan
- Set up akaun anda
- Akaun anda berjaya di cipta
- Akhir sekali, buat pelaburan dalam akaun anda mengikut jumlah yang anda inginkan.
Mudah kan? Bagi yang masih belum buka akaun ASB, jom buka sekarang dan mulakan pelaburan anda!