Langkah Mudah Hasilkan Video Cantik & Kemas Guna Powerpoint Yang Ramai Tak Tahu
Memang tidak dapat dinafikan nak buat tugasan dalam bentuk video sering menjadi satu masalah buat pelajar universiti. Tidak semua pelajar ada kemahiran menggunakan pelbagai software untuk menghasilkan video yang cantik dan kemas. Malahan ada juga pelajar yang terpaksa ‘upah’ seseorang untuk menghasilkan video mereka.
Video yang kemas untuk perbentangan penting tau untuk penilaian pensyarah/pendidik terhadap kerja kita! Bagi pelajar yang tidak mahir membuat video, anda boleh gunakan Powerpoint sahaja untuk hasilkan video yang cantik dan kemas.
Nak tahu caranya? Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
CARA BUAT VIDEO GUNA POWERPOINT
Sebenarnya mudah sahaja, apa yang anda perlu adalah sedikit kreativiti untuk menghasilkan video yang menarik! Berikut adalah langkah mudah buat video menggunakan powerpoint:
Langkah 1
Buka Powerpoint di komputer anda dan pilih template yang anda mahu. Dapatkan template menarik DI SINI.
Langkah 2
Masukkan gambar-gambar yang ingin anda bentangkan
Langkah 3
Masukkan ayat-ayat di gambar sekiranya perlu dan teruskan seperti buat powerpoint biasa
Langkah 4
Setelah selesai, tiba masa untuk simpan file tersebut dalam bentuk video. Tukar ‘Save As Type’ tersebut dari pptx ke MPEG-4 Video, wmv, AVI, MOV atau format video lain yang ada di komputer anda. Siap! Powerpoint anda telah disimpan dalam bentuk video.
Sekiranya anda tidak ada sebarang format video, anda boleh muat turun MPEG-4 di Google.
Mudah kan? Selepas ini tak perlu lagi anda susah-susah upah orang tolong editikan video untuk perbentangan, buat sendiri je! Jika anda merasakan template di Powerpoint yang disediakan agak kurang menarik, anda boleh dapatkan template yang lebih menarik DI SINI.
Semoga bermanfaat!