Cara Beli Barang Bayar Bulanan Tanpa Faedah di Shopee (Zero Interest)

Pernah tak anda ada hasrat nak beli sesuatu di Shopee, tetapi rasakan harganya terlalu mahal? atau Anda Rasa Nak Beli Jika Ada Pembayaran Bulanan Tanpa Faedah?

Bukan tidak mampu untuk bayar, tetapi rasa ‘sayang’ nak bayar benda mahal sekaligus. Ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya kita boleh bayar secara installment atau ansuran di Shopee.

Apa yang paling best adalah bayaran bulanan ini adalah dengan kadar 0% interest dan tanpa sebarang deposit!

Anda boleh ikuti perkongsian di bawah untuk tahu lebih lanjut dan cara untuk membuat installment beli barang di Shopee.

KELAYAKAN UNTUK BUAT INSTALLMENT SHOPEE

Untuk membuat pembelian secara installment di Shopee, nilai yang dibeli mestilah minimum RM500. Nilai minimum tersebut adalah berdasarkan jumlah ‘checkout’ atau jumlah keseluruhan pembelian anda (selepas ditolak diskaun voucher).

Contoh situasi untuk kelayakan anda membuat installment Shopee adalah seperti berikut:

 

Cara Beli Barang Di Shopee Bayar Secara Ansuran (Zero Interest)

 

CARA KENALPASTI ITEM YANG NAK DIBELI BOLEH BUAT INSTALLMENT

Untuk kenalpasti barang yang nak dibeli boleh buat installment atau tidak, anda boleh cek di item tersebut. Item yang boleh dibayar secara installment akan diletakkan tag ‘Installment‘ di bawah harga item tersebut.

Cara Beli Barang Di Shopee Bayar Secara Ansuran (Zero Interest)

Selain itu, anda boleh kenal pasti anda boleh bayar secara installment melalui laman ‘Checkout’ anda ketika ingin membuat pembayaran. Jika pembelian anda boleh dibayar secara ansuran, di bahagian Payment Option akan tertera ‘Credit Card Installment“.

Cara Beli Barang Di Shopee Bayar Secara Ansuran (Zero Interest)

Cara Beli Barang Di Shopee Bayar Secara Ansuran (Zero Interest)

CARA BELI SECARA IINSTALLMENT DI SHOPEE

Untuk membuat pembayaran secara installment di Shopee, anda perlu gunakan credit card sebagai kaedah pembayaran anda. Setakat ini, Shopee hanya membenarkan installment melalui kad kredit bank berikut:

  • Maybank Berhad
  • Public Bank

Setelah anda pilih item yang mempunyai installment tag, laman tersebut akan sertakan maklumat berikut:

  1. Pilihan bank yang boleh digunakan
  2. Jumlah bulan yang anda boleh buat installment
  3. Jumlah bayaran yang perlu pembeli bayar secara bulanan

Cara Beli Barang Di Shopee Bayar Secara Ansuran (Zero Interest)

Setelah itu, anda boleh pilih kaedah pembayaran ketika ingin checkout barangan anda. Pilih Credit Card Installment di Payment Method dan pilih jenis bank yang anda ingin gunakan.

Cara Beli Barang Di Shopee Bayar Secara Ansuran (Zero Interest) Cara Beli Barang Di Shopee Bayar Secara Ansuran (Zero Interest)

Setelah pilih, klik CONFIRM. Pembayaran secara installment anda selesai! Jumlah bulanan seperti yang ditetapkan akan ditolak setiap bulan dari kad kredit anda.

Mudah kan? Selepas ini tidak lagi anda berasa teragak-agak nak beli sesuatu yang mahal dari Shopee.

Apa yang paling best adalah barang akan dihantar setelah anda CONFIRM checkout anda. Tidak perlu tunggu bayar habis baru dapat barang!

Baca juga: Cara Guna Runner Untuk Hantar Barang Shopee

TINGKATKAN JUALAN SHOPEE MENGGUNAKAN FOLLOWER

Khas buat peniaga Shopee di luar sana yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan di platform Shopee! Bagi peniaga yang masih tidak tahu, antara salah satu senjata rahsia penjual yang berjaya dalam Shopee adalah dengan jumlah followers penjual.

Dengan persaingan yang banyak di Shopee, memang tidak mudah untuk penjual menjadi pilihan nombor satu pembeli. Jadi, penjual perlulah tahu beberapa strategi untuk pastikan produk anda menjadi pilihan!

Untuk ketahui rahsia dalam meningkatkan jualan di Shopee dan jana lebih 4 angka dalam seminggu, anda boleh ikuti pautan berikut:

Tingkatkan Jualan Shopee Menggunakan Followers, Ini Rahsia Ramai Tak Tahu

Harga yang ditawarkan bagi satu set lengkap yang mengandungi ebook Bisnes Shopee, 3 Bonus Special dan 1 Extra Bonus hanyalah RM100 SAHAJA! Harga ini sangat murah dan berbaloi jika nak dibandingkan dengan hasil yang bakal anda dapat. Dijamin pembelian ini tidak akan merugikan anda. Pulangan yang bakal anda terima adalah luar biasa.

Dapatkan sekarang dengan klik butang di bawah.

KLIK UNTUK ORDER BISNES SHOPEE

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma