BSN Mikro PEMERKASA: Pembiayaan Sehingga RM50,000 Buat PKS & Usahawan Mikro
Semasa pengumuman Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah 1 bilion ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit. Prihatin dengan situasi yang mencabar ini, kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana tambahan sebanyak 500 juta ringgit dalam pakej PEMERKASA bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.
BSN telah memperkenalkan BSN Micro PEMERKASA, iaitu satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan BSN Micro PEMERKASA, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PEMBIAYAAN
BSN Micro PEMERKASA menyediakan pembiayaan seperti berikut:
- Amaun pinjaman: Sehingga RM50,000
- Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset
- Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan.
- Kadar: 3% setahun
JENIS SKIM PEMBIAYAAN
BSN menawarkan empat jenis skim pembiayaan seperti:
- BSN Micro/i PEMERKASA
- BSN Micro /i PEMERKASA MAMPAN
- BSN Micro/i PEMERKASA-NITA
- BSN Micro/i PEMERKASA BELIA
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan BSN Micro PEMERKASA dibuka untuk PKS yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk buat permohonan pembiayaan BSN Micro PEMERKASA:
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen
- Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/
- Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
- Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
CARA MOHON
PKS yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan pembiayaan yang ditawarkan boleh mohon sekarang dengan ikut langkah berikut:
- Download borang permohonan yang disediakan di bawah
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang lengkap ke cawangan BSN berdekatan atau email ke alamat email yang disediakan di bawah
Klik butang di bawah untuk download borang permohonan BSN Micro PEMERKASA: