BSK Transit: Bantuan Penginapan & Pengangkutan Untuk Menghadiri Prosiding Kes Di Mahkamah Syariah
BSK Transit merupakan suatu perkhidmatan penginapan, pengangkutan dan makan minum secara percuma kepada mana-mana pihak yang menghadiri prosiding kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Keutamaan juga diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan dan tinggal berjauhan daripada Mahkamah Syariah termasuklah saksi-saksi Mahkamah dan pihak-pihak yang mempunyai kes di mana-mana tribunal.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai BSK Transit dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF BSK TRANSIT
Berikut adalah objektif BSK Transit yang disediakan:
- Menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah persekutuan
- Melicinkan perjalanan kes Mahkamah
- Mengurangkan beban kewangan berulang alik ke Mahkamah
- Melindungi keselamatan pihak-pihak terutamanya ibu tunggal, wanita dan anak-anak yang bermusafir
- Pihak-pihak berasa lebih tenang dan selesa untuk menghadiri prosiding
FUNGSI BSK TRANSIT
Antara fungsi BSK Transit adalah bagi:
- Menyediakan penempatan penginapan (BSK Transit) kepada ibu-ibu tunggal dan pihak-pihak yang tidak berkemampuan semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah
- Melaksanakan peranan tolong menolong saudara seagama terutamanya kepada yang tidak berkemampuan seperti yang disarankan oleh Allah SWT melalui Al-Quran dalam Surah Al-Maidah.
- Menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkawan Syariah dalam prosiding atau perbicaraan di mana berlaku sesetengah kes terpaksa ditangguhkan kerana ketidakhadiran pihak-pihak akibat masalah jarak perjalanan dan kos dari tempat mereka ke mahkamah.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan yang disediakan dalam BSK Transit adalah:
- Pembiayaan kos perbelanjaan pengangkutan
- Makan, minum
- Penginapan
KELAYAKAN PEMOHON
Semak syarat kelayakan permohonan berikut:
- Beragama Islam
- Merupakan pihak/saksi di dalam prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
- Tinggal di luar kawasan Lembah Klang/Putrajaya/Labuan dan
- Tidak berkemampuan
TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai BSK dengan mengemukakan dokumen berikut:
- Borang permohonan BSK Transit
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan notis kehadiran dan/atau notis tangguhan dari Mahkamah
- Salinan slip gaji
- Salinan muka depan buku akaun
Permohonan hendaklah dibuat 30 hari sebelum prosiding dan pembatalan penggunaan BSK Transit hendaklah 3 hari sebelum prosiding.
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:
Bagi yang ingin buat permohonan secara manual, anda boleh download borang permohonan berikut:
Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar bersama dokumen ke alamat berikut:
- Bahagian Sokongan Keluarga
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Aras 2- 4 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan,
62677 Putrajaya - Tel: 03 8886 4800
- Laman web: www.bsktransit.jksm.gov.my