BPN Fasa 2: Semakan Status Pembayaran Permohonan Baru & Rayuan Di Buka

TARIKH DAPAT PEMBAYARAN BPN HASIL?

Rasminya pembayaran BPN Fasa 2 akan bermula pada 4 Mei 2020. Pemohon yang permohonannya telah dilulus sebelum ini boleh membuat semakan baki pembayaran BPN Fasa 2 melalui pautan disediakan di bawah.

Manakala bagi permohonan baru anda dinasihatkan membuat semakan status permohonan dari masa ke semasa. Ini kerana pembayaran anda adalah secara sekaligus nanti.

Pembayaran BPN Fasa 2 akan bermula pada 4 hingga 13 Mei 2020 bagi pemohon B40.

Manakala bagi golongan M40 pembayaran berperingkat akan bermula pada 13 hingga 15 Mei 2020.

Berikut merupakan panduan ringkas cara membuat semakan status pembayaran dan permohonan BPN Fasa 2.

SEMAKAN STATUS DI BPN HASIL

Memandangkan pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin National akan bermula pada 4 Mei, pasti ramai yang mencari-cari cara untuk log masuk ke laman  LHDN menggunakan link mana untuk buat semakan pembayaran.

Walaupun pautan alternatif semakan bpn.hasil ini telah disediakan namun ramai masih keliru. Anda boleh rujuk pautan alternatif semakan hasil.bpn ini. Begitu juga untuk semakan i-Lestari KWSP.

Bagi penerima automatik BPN Hasil, anda tidak perlu membuat sebarang semakan. Anda hanya perlu tunggu email kelulusan dari pihak LHDN.

CARA BUAT SEMAKAN PEMBAYARAN BPN

Untuk makluman anda, semakan status penerimaan dan pendaftaran BPN hanya boleh dibuat melalui pautan di bawah berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan LHDN.

Sekiranya status semakan adalah ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’.

Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN), maka status “DALAM PROSES” ini akan dipaparkan. Status ini bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada permohonan anda LULUS atau GAGAL.

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN.hasil:

i. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C);
ii. Masukkan kod captcha yang diberikan; dan
iii. Keputusan akan dipaparkan.

CARA LOGIN SEMAKAN PEMBAYARAN BPN

Untuk makluman anda, semakan status penerimaan dan pendaftaran BPN hanya boleh dibuat melalui pautan di bawah berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan LHDN.

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  2. bpn.hasil.gov.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma