[Download] Borang Permohonan Rayuan BKM & Panduan Permohonan Rayuan BKM Secara Manual

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Sejak semakan status permohonan BKM dibuka, ramai yang sudah lulus dan ada juga yang tidak lulus permohonan atas pelbagai sebab. Bagi yang dah lulus permohonan, pembayaran fasa pertama telah berjaya dibuat ke akaun masing-masing mengikut jadual pembayaran BKM yang ditetapkan.

Bagi yang nak buat permohonan rayuan secara manual, anda boleh dapatkan borang rayuan yang dikongsikan di bawah serta panduan permohonan rayuan BKM secara manual.

Rujuk: Senarai Kategori Permohonan Rayuan Yang Tidak Dibenarkan Buat Secara Online

TEMPOH RAYUAN MANUAL BKM 2022

Permohonan rayuan secara manual bagi permohonan rayuan yang tidak dibenarkan buat secara atas talian boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 9 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022

PERMOHONAN RAYUAN BKM SECARA MANUAL

Berikut adalah panduan membuat permohonan rayuan BKM secara manual:

  1. Download borang permohonan rayuan BKM yang disediakan di bawah
  2. Sediakan senarai dokumen sokongan yang berkaitan seperti dinyatakan di bawah
  3. Hadir ke cawangan LHDN berdekatan bersama borang rayuan dan dokumen sokongan berkaitan dalam tempoh ditetapkan.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN BAGI RAYUAN BKM

Berikut adakah pembuktian dokumen sokongan yang perlu dikemukakan ke cawangan LHDNM bagi permohonan Rayuan secara manual mengikut Kod Alasan Tidak Lulus:

BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Download Borang Permohonan Rayuan BKM 2022 yang disediakan di bawah:

BORANG RAYUAN BKM 2022

JADUAL KAUNTER RAYUAN BKM DI CAWANGAN LHDN

Rayuan tambahan tidak dibenarkan sekiranya SKK 2022 telah dibuat tuntutan. Perkhidmatan kaunter BKM LHDN dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.

Berikut adalah jadual perkhidmatan kaunter rayuan BKM di cawangan/ pejabat satelit/ pusat khidmat hasil (PKH) LHDNM dan perkhidmatan panggilan telefon:

Untuk maklumat lanjut berkenaan rayuan BKM, anda boleh rujuk di laman bkm.hasil.gov.my sertai Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Rayuan BKM 2022 yang dinyatakan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma