Download Borang & Panduan Buat Pembatalan Permohonan BKM
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Bagi penerima BKM yang ingin membuat permohonan pembatalan permohonan BKM atas alasan tertentu, anda boleh buat permohonan dengan muat turun borang permohonan yang disediakan dan hadir ke cawangan LHDN berdekatan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut alasan pembatalan permohonan BKM dan muat turun borang permohonan.
Isi Kandungan
ALASAN PEMBATALAN PERMOHONAN BKM
Penerima BKM boleh buat permohonan untuk pembatalan permohonan BKM atas alasan berikut:
- Jumlah pendapatan kasar bulanan individu bagi status Bujang/ Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda tidak mempunyai anak melebihi RM2,500
- Jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah bagi status Kahwin/ Ibu Bapa Tunggal/ Balu / Janda/ Duda mempunyai Anak melebihi RM5,000
- Perubahan Status Perkahwinan (Bujang/ Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda kepada Kahwin)
- Menolak Bantuan/ Tidak memerlukan BKM
- Atau lain-lain alasan
DOWNLOAD BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM
Borang pembatalan permohonan BKM boleh dimuat turun di bawah:
Lengkapkan borang pembatalan permohonan BKM tersebut dan bawa bersama dokumen-dokumen berkaitan ke cawangan LHDN berdekatan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh terus ke laman web rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/.