Penjawat Awam Terima RM1000 Bonus Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji
Berita baik buat penjawat awam! Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada sejumlah 4,009 penjawat awam di negeri Pulau Pinang.
Menerusi perbentangan Belanjawan 2021 Negeri Pulau Pinang di Dewa Undangan Negeri, Ketua Menteri Chow Yeow berkata bayaran bonus itu melibatkan RM5.5 juta dan akan dibayar pada Disember 2020.
Baca selanjutnya mengenai bantuan khas buat penjawat awam di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PENGHARGAAN BUAT PETUGAS BARISAN HADAPAN
Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia *RELA) serta semua anggota perkhidmatan persekutuan atas pengorbanan mereka petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah atas segala jasa dan pengorbanan barisan penjawat awam selaku tulang belakang kerajaan negeri kepada segala perancangan dan pelaksanaan dasar dan pembangunan negeri.
BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN
Penjawat awam merupakan jentera laksana kerajaan, tanpa mereka pincangkan urus tadbir negeri. Pencapaian gemilang yang telah kita kecapi sehingga kini tidak akan dapat diperoleh tanpa komitmen dan sokongan yang jitu kepada mereka.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020, kerajaan negeri bersetuju meluluskan Bantuan Khas Kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000.
Bayaran BKK ini adalah dengan harapan dapat meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang.
RM300 BUAT PENYELIA DAN GURU
Di samping itu Chow juga berkata, pembayaran sebanyak RM300 juga akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina serta pemberian RM200 seorang kepada seramai 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang pada Disember ini melibatkan tambahan perbelanjaan RM898,900.
Tahniah buat semua penjawat awam bertugas dan kerajaan negeri atas keperihatinan bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat hari ini.