Bil TNB ‘Melambung’ Musim PKP? Ini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya

Sejak dua menjak ini heboh di media sosial apabila pengguna mula bersuara bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau bil elektrik mereka ‘melambung’ secara tiba-tiba. Ada juga yang mendakwa jumlah yang perlu dibayar tidak masuk akal.

Sudahkah anda semak bil TNB anda?

Jika sudah semak dan dapati bil elektrik anda juga naik mendadak, jangan terus buat kesimpulan sendiri tanda ketahui sebab sebenar bil elektrik melambung sebegitu tinggi. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai Bacaan Anggaran yang sedang digunakan oleh TNB ketika tempoh PKP ini.

Baca juga: Cara Semak Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar. Tidak Perlu Daftar Akaun Pun

Bil TNB 'Melambung' Musim PKP? Ini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya

Berikut adalah penjelasan mengenai bil elektrik yang sedang mendadak naik dan perkara yang perlu anda tahu mengenai Bacaan Anggaran.

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BACAAN ANGGARAN

Bacaan anggaran ini adalah anggaran dari pihak TNB terhadap bil elektrik rumah anda kerana bacaan sebenar tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP ini. Jadi ia bermaksud, jumlah yang perlu di bayar itu bukanlah jumlah sebenar pada bulan tersebut. Jadi jangan terkejut jika jumlahnya terlalu banyak daripada biasa.

Jika bacaan anggaran itu melebihi bacaan sebenar, jumlah yang anda terlebih bayar itu akan dibawa ke bulan seterusnya apabila bacaan sebenar dibuat.

TNB akan buat adjustment untuk dua (2) bulan. kWh akan dikira dua bulan, kemudian di tolak dengan anggaran bulan sebelumnya yang sudah di bayar.

Bil TNB 'Melambung' Musim PKP? Ini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya

Secara ringkasnya,
(Bil anggaran bulan lepas + bil sebenar bulan ini = bil sebenar untuk 2 bulan)

Kebanyakan orang tidak faham apabila bacaan anggaran kurang dari bacaan sebenar. Apabila buat adjustment bulan berikutnya, sebab itu lah bil mencanak naik.

Blok Tarif Meningkat?

Ada juga yang marah apabila blok tarif meningkat pada bil. Jika anda betul-betul faham, peningkatan blok tarif adalah lebih menguntungkan pengguna. Gandaan blok tarif 2 kali ganda adalah sebab pengiraan bacaan untuk 2 bulan.

220kWh x 2 = RM0.218
100kWh x 2 y seterusnya = RM0.334
300kWh x 2 y seterusnya = RM0.516
kWh y selebihnya (lebih 1200kWh) = RM0.546 seunit

Jika bil meningkat daripada biasa itu memang munasabah sebab kita duduk di rumah sahaja sepanjang PKP. Jadi jangan terkejut sangat.

Baca juga: Tips Mudah Jimat Elektrik Di Rumah Sepanjang PKP

FAKTOR BIL BULAN 5 TINGGI DARI BULAN 4

Bil TNB 'Melambung' Musim PKP? Ini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bacaan Anggaran Dan Cara Kiraannya

Ada juga yang bil anggaran bulan 4 kurang dari bacaan sebenar sehingga menyebabkan bil bulan 5 jauh lebih tinggi dari bil anggaran bulan 4. Ini faktornya:

  • Bil bulan 4 dikira dari pertengahan bulan 3 hingga pertengahan bulan 4 yang mana tempoh itu tempoh awal PKP semua duduk di rumah dan tidak boleh bekerja. Bil bulan 4 kita sendiri boleh jangkakan. TNB katanya buat anggaran dari bil terdahulu jadi bil anggaran bulan 4 akan kurang dari bacaan sebenarnya.
  • Bulan 4 diperkenalkan diskaun rangsangan ekonomi di mana ramai yang mendapat diskaun sehingga 50%.
  • Bila TNB buat anggaran kurang dari bacaan sebenar kita berkemungkinan dapat diskaun yang lebih tinggi. Tapi bila TNB buat adjustment bil bulan 5 dia akan tolak bil anggaran bulan 4 yang ada diskaun tu. Diskaun bil bulan 5 pula berkemungkinan akan lebih rendah.

Baca juga: Cara Dapatkan Diskaun 50% Bil Elektrik Rumah Anda Selama 6 Bulan

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, pengguna tidak perlu mengamuk apabila dapati bil elektrik bulan ini melambung tinggi kerana itu adalah bacaan anggaran sahaja. Apabila bacaan sebenar sudah keluar, lebihan daripada bacaan anggaran yang anda telah bayar itu akan dibawa ke bulan berikutnya dan akan ditolak. Jadi anda tidak rugi apa-apa dan tidak perlu menganggap TNB menipu duit pengguna.

Berkaitan munasabah atau tidak penggunaan tenaga elektrik, kita sendiri boleh nilai sebab isi rumah sendiri yang guna elektrik.

Semoga penjelasan ini menjawab persoalan anda!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma