Tawaran Biasiswa Yayasan UEM 2020 Buat Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Yayasan UEM 2020 untuk pelajar tahun pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kini dibuka. Biasiswa ini ditawarkan buat lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi atau pelajar tahun pertama di universiti sahaja.
Biasiswa tajaan penuh ini meliputi yuran pengajian, pelbagai elaun menarik seperti elaun bulanan, elaun kemudahan, elaun buku, perubatan dan banyak lagi.
Permohonan adalah ditutup pada 15 November. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut adalah tidak dilayan. Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan di bawah.
Isi Kandungan
BIDANG PENGAJIAN
Berikut adalah bidang pengajian yang layak membuat permohonan biasiswa:
- Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics)
- Engineering (Civil/Mechanical/Electrical)
- IT and Computer Related (Computer Science, Computer System and Networking, Software Engineering, Data Science, Data Engineering)
- Actuarial Science
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Lulus STPM/Matrikulasi/Asasi dengan keputusan CGPA 3.50 ke atas
- Mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris
- Pemohon tidak terikat dengan institusi atau organisasi lain
- Pemohon yang berjaya tidak boleh memohon atau menerima biasiswa / sebarang bentuk bantuan kewangan dari sumber lain
- Pemohon yang berjaya setelah tamat pengajian akan diikat dengan YEM Foundation maksimum 5 tahun
- Semua pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dan menghantarnya secara dalam talian sebelum tarikh tutup
CARA MOHON
Untuk makluman anda, tiada sebarang permohonan manual dibuka. Urusan permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian di pautan berikut:
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk menghadiri temuduga. Sekiranya anda tidak dihubungi selepas 2 bulan permohonan, itu bermakna anda tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke scholarship.info@uemnet.com atau hubungi talian 03-2727 6850 / 6511 / 6439.