Permohonan Biasiswa Top Glove 2022 Pengajian Dalam Negara & Taiwan Dibuka
Biasiswa Top Glove menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa. Biasiswa yang ditawarkan adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu biasiswa untuk universiti awam tempatan dan biasiswa untuk universiti Taiwan terpilih.
Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti awam atau universiti Taiwan terpilih dalam pelbagai bidang pengajian adalah dipelawa untuk mohon biasiswa yang ditawarkan.
Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan biasiswa Top Glove di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KADAR BIASISWA
Top Glove menyediakan biasiswa pengajian kepada pelajar yang layak sebanyak:
- RM13,000 setiap tahun
KELEBIHAN BIASIWA TOP GLOVE
Pelajar tajaan Biasiswa Top Glove akan berpeluang untuk mengikuti latihan industri dan mendapat penempatan kerja dengan kumpulan syarikat yang menawarkan:
- Gaji yang menarik
- ESOS/ Share Grant
- Penghargaan pencapaian
- Plan insurans
- Plan persaraan
- Subsidi makanan
- Akses ke gym
- Pembangunan manusia
- Bonus dan elaun
- EPF
- Diskaun staff
- Kemudahan penginapan
- Aktiviti sukan
- Perubatan
BIDANG PENGAJIAN
Berikut adalah bidang pengajian yang layak untuk mohon biasiswa ditawarkan:
i) Kejuruteraan / Sains
- Mechatronics Engineering
- Mechanical Engineering
- Chemical Engineering
- Manufacturing Engineering
- Electric & Electronic Engineering
- Civil Engineering
- Chemistry / Bio Chemistry / Physics / Mathematics
- Polymer Science / Applied Science
ii) Pengurusan
- Accounting, Commerce and Finance
- Statistics/Mathematics
- Marketing/E-Commerce
- Economics
- Computer Science & Technology
- Human Resources
- Business Administration/Management
TARIKH PENTING PERMOHONAN BIASISWA
- Tempoh permohonan: Februari hingga Mei
- Temuduga bersemuka: Julai
- Keputusan kelayakan: Ogos
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Memiliki kelayakan akademik yang baik (minimum)
– SPM/O-Level : 10A+/A dalam subjek berkaitan termasuk Bahasa Inggeris
– UEC: 3As
– Matrikulasi/STPM/Asasi/A- Levels: CGPA 3.5 dan ke atas - Penyertaan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan – Rekod kepimpinan yang kuat
- Pemohon mesti berada dalam keadaan sihat tubuh badan
- Pemohon tidak boleh memegang biasiswa/ pinjaman lain
- Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan
CARA MOHON
Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda dan berminat untuk mohon biasiswa yang ditawarkan, anda boleh mohon sekarang. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan Borang Permohonan Biasiswa Top Glove yang lengkap ke alamat berikut:
- Scholarship Appilcation
Level 21, Top Glove Tower,
16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam,
Seksyen U13
40170 Shah Alam, Selangor D.E. Malaysia - Tel: +603-3362 3098
- Fax: +603-3362 3860
- Email: tgscholarship@topglove.com.my
BORANG PERMOHONAN BIASISWA TOP GLOVE
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Biasiswa Top Glove, anda boleh terus ke laman web https://www.topglove.com/.