Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Biasiswa TNB PRIME Yayasan Tenaga Nasional (YTN) Untuk Pengajian Di Universiti Awam

Oleh Cikgu Shaari • September 26, 2022 • 3 min baca

Tawaran Biasiswa TNB PRIME Yayasan Tenaga Nasional (YTN) Untuk Pengajian Di Universiti Awam
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Panggilan buat calon yang bakal melanjutkan pengajian! Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa anda untuk mengisi maklumat pemohon ke dalam sistem permohonan YTN bagi penajaan biasiswa TNB PRIME Scholarship yang dibuka bermula 24 September 2022.

Antara program yang ditawarkan ialah Program Universiti Terkemuka Luar Negara di peringkat Persediaan hingga Ijazah Sarjana Muda dan Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di peringkat Asas hingga Ijazah Sarjana Muda. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Pemohon boleh memasukkan maklumat diri ke dalam sistem permohonan di Portal permohonan YTN mulai:

  • Mulai 24 September hingga 14 Oktober 2022

PERINGKAT PENAJAAN DITAWARKAN

Antara peringkat penajaan yang ditawarkan bagi Biasiswa TNB Prime adalah:

  • Peringkat Persediaan hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di universiti
    terkemuka Luar Negara.
  • Peringat Asas hingga tamat Ijazah Sarjana Muda di UNITEN-Kemasukan Sem
    1, 2022/2023 (Sept 22).
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda tahun pertama pengajian di Universiti Awam

Maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk setiap tawaran boleh disemak DI SINI.

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA

Biasiswa TNB PRIME oleh YTN hanya menaja pelajar yang mengikuti bidang pengajian berikut:

  • TNB PRIME di Luar Negara
    Pengambilan 2022: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa), Kejuruteraan (Renewable Energy), Kejuruteraan (Kimia), Data Sains
  • TNB PRIME di UNITEN
    Pengambilan 2022: Kejuruteraan (Elektrik Kuasa), Sains Komputer, Pemasaran Sumber Manusia/ Keusahawanan
  • TNB PRIME di Universiti Awam: >Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Perakaunan, Sains Komputer Sains Komputer/Teknologi Maklumat (Pengkhususan dlm bidang Data Sains & Analitik, Bisnes Analitik dan yang berkaitan) Sains Aktuari >>

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA TNB PRIME

Tawaran Biasiswa TNB PRIME dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.

Calon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:

  • TNB PRIME Luar negara:
    Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.
  • TNB PRIME UNITEN:
    Lulus peperiksaan SPM dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi minimum A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian yang akan ditawarkan.
  • TNB PRIME Universiti Awam
    – Lulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50, atau
    – Lulus Diploma/ Matrikulasi/ Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA /PNGK 3.50

CARA MOHON

Permohonan bagi calon yang berkelayakan boleh dibuat secara dalam talian. Pemohon boleh memasukkan maklumat diri ke dalam sistem permohonan mulai 24 September 2022 di Portal permohonan YTN.

Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang Yayasan Tenaga Nasional berikut:

Permohonan boleh dilengkapkan dan hanya boleh dihantar secara dalam talian selepas keputusan rasmi SPM dikeluarkan.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal permohonan YTN dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini. Secara lazimnya, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui sms atau emel.

Sebarnag pertanyaan dan maklumat lanjut boleh disalurkan melalui emel ke infoytn@tnb.com.my atau hubungi terus talian di 03 89247500.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.