Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) 2022 Dibuka. RM300 Setiap Pelajar

Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) diperkenalkan oleh Yayasan Pahang pada tahun 2002 dan diberikan kepada murid-murid Tahun 3 & 4 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.

Pada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin / daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM 700 sebulan. Kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,000 sebulan.

Terkini, Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan hanya perlu dibuat melalui dalam talian, dan tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

KADAR BANTUAN

Mulai tahun 2012, kadar baharu BSR telah dinaikkan daripada RM250 setahun kepada:

  • RM300 setahun bagi murid tahun 4 hingga 6

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta
  • Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  • Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  • Pelajar tahun 4 sesi persekolahan 2023 & Tahun 3 sesi persekolahan 2022 yang bersekolah di SK/ SJK (C)/ SJK (T) dalam Negeri Pahang
  • Murid yang pernah digantung / dibuang sekolah tidak layak memohon.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 22 Ogos 2022 hingga 7 Oktober 2022

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Permohonan boleh dibuat melalui sekolah sahaja
  • Murid WAJIB mengisi dan menyerahkan borang 1.0 / 2.0 kepada sekolah untuk tujuan rekod dan simpan
  • Sekolah TIDAK PERLU menghantar borang permohonan kepada YP. Permohonan hanya melalui atas talian

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman www.yp.org.my atau hubungi talian 09 518 1800

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma