PESP 2022: Tawaran Biasiswa Pengajian Tajaan PETRONAS Terbuka Untuk Lepasan SPM

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah menaja lebih daripada 37,000 pelajar yang layak melalui pelbagai jenis penajaan terutamanya melalui tawaran biasiswa PETRONAS. Tajaan ini terus dilaksanakan oleh pihak PETRONAS untuk memupuk bakat yang tepat untuk syarikat, industri dan negara.

Mulai 16 Jun 2022, biasiswa PETRONAS tahun 2022 akan dibuka kepada lepasan SPM untuk pengajian pra universiti, calon pelajar Ijazah di UTP, universiti awam di Malaysia dan universiti luar negara. Calon pelajar yang berminat dan layak kini dipelawa untuk memohon tajaan biasiswa PETRONAS.

Info lengkap permohonan biasiswa PETRONAS adalah seperti di bawah.

PERMOHONAN BIASISWA PETRONAS 2022

Berita baik buat pelajar lepasan SPM, pra universiti dan pelajar degree yang memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, PETRONAS mempelawa mereka yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan biasiswa PETRONAS di bawah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).   

Permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS  bagi tahun 2022 kini dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Mulai 16 Jun 2022 sehingga 22 Jun 2022

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah:

  • Berumur 17 – 19 tahun pada tahun 2022
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Tidak terikat atau menerima mana-mana biasiswa daripada organisasi lain
  • Minimum 8A- dalam SPM 2021, dengan minimum A- untuk subjek Chemistry, Physics, Mathematics

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK

Permohonan dibuka kepada calon yang mengikuti pengajian dalam bidang berikut:

  • Chemical Engineering
  • Electrical and Electronic Engineering
  • Mechanical Engineering
  • Petroleum Engineering
  • Geoscience (Geology/ Geophysics)
  • Applied Chemistry
  • Biochemistry
  • Environmental Science
  • Actuarial Science
  • Computer Science
  • Statistic
  • Mathematics
  • Accounting
  • Economics
  • Law
  • Psychology
  • Sociology
  • Business Administration (Marketing)

CARA MEMOHON BIASISWA PETRONAS

  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian MULAI 16 JUN 2022 melalui Portal Biasiswa Pendidikan PETRONAS
  • Bagi permohonan tajaan untuk bidang pengajian di UTP, pemohon wajib menghantar permohonan kemasukan ke UTP melalui Universiti Teknologi PETRONAS
  • Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi penilaian
  • Hantar permohonan anda pada atau sebelum 22 Jun 2022 (5 petang)

Untuk bantuan mengenai permohonan, sila hubungi meja bantuan pihak PETRONAS di 03-233 2277 (Hari bekerja : 9.00 pagi – 5.00 petang, Hari minggu : 9.00 pagi – 3.00 petang)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma