Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Lepasan SPM Ke Universiti Tempatan

Oleh Cikgu Shaari • June 16, 2022 • 2 min baca

Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Lepasan SPM Ke Universiti Tempatan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Yayasan Pahang telah menawarkan 2 jenis biasiswa kepada pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian dan bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai syarat-syarat kelayakan permohonan dan muat turun borang permohonan yang disediakan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bagi calon yang layak boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 16 Jun 2022 (Khamis) sehingga 8 Julai 2022 (Jumaat)

JENIS BIASISWA YAYASAN PAHANG UNTUK LEPASAN SPM

1. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB)

Syarat-syarat kelayakan memohon:

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:-
    a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    b)Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak
    Layak Memohon.
  • Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat
    kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di
    peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mendapat keputusan SPM ( 9 A+ ke atas)/ STPM (4 Prinsipal A) tahun 2021 .
  • Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
    dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  • Mempunyai sahsiah diri yang baik, berpersonaliti unggul dan taraf kesihatan
    yang baik.

2. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

Syarat-syarat kelayakan memohon:

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:-
    a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah
    Tidak Layak Memohon.
  • Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan
    kokurikulum.
  • Mendapat keputusan SPM 2021 dengan mendapat keputusan A bagi semua
    matapelajaran yang diambil.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon Biasiswa IPT atau di pautan :

Tarikh tutup permohonan adalah 8 Julai 2022. Jadi, bagi yang berkelayakan dan berhasrat untuk membuat permohonan, pastikan anda lengkapkan borang dan membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

Panduan lengkap permohonan boleh dirujuk di bawah:

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan yayasan Pahang di talian 09 5181800 atau emel zakiah@yp.org.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.