Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Lepasan SPM Ke Universiti Tempatan
Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.
Yayasan Pahang telah menawarkan 2 jenis biasiswa kepada pelajar yang berhasrat untuk menyambung pengajian dan bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai syarat-syarat kelayakan permohonan dan muat turun borang permohonan yang disediakan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bagi calon yang layak boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 16 Jun 2022 (Khamis) sehingga 8 Julai 2022 (Jumaat)
JENIS BIASISWA YAYASAN PAHANG UNTUK LEPASAN SPM
1. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB)
Syarat-syarat kelayakan memohon:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:-
a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
b)Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak
Layak Memohon. - Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat
kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. - Mendapat keputusan SPM ( 9 A+ ke atas)/ STPM (4 Prinsipal A) tahun 2021 .
- Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara). - Mempunyai sahsiah diri yang baik, berpersonaliti unggul dan taraf kesihatan
yang baik.
2. Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)
Syarat-syarat kelayakan memohon:
- Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:-
a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah
Tidak Layak Memohon. - Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan
kokurikulum. - Mendapat keputusan SPM 2021 dengan mendapat keputusan A bagi semua
matapelajaran yang diambil.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon Biasiswa IPT atau di pautan :
Tarikh tutup permohonan adalah 8 Julai 2022. Jadi, bagi yang berkelayakan dan berhasrat untuk membuat permohonan, pastikan anda lengkapkan borang dan membuat permohonan sebelum tarikh tutup.
Panduan lengkap permohonan boleh dirujuk di bawah:
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan yayasan Pahang di talian 09 5181800 atau emel zakiah@yp.org.my.