Permohonan Biasiswa Pendidikan Tajaan Lembaga Zakat Kedah Untuk Kemasukan Ke IPTA

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan yang dapat tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara untuk membuat permohonan Tajaan Pendidikan LZNK. Tawaran tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah kategori Universiti Awam Malaysia (UA) kini telah dibuka.

Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/ mahasiswi yang berkelayakan mengikut syarat dan jumlah kuota ditetapkan. Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

DASAR AGIHAN BIASISWA PELAJAR IPTA

  • Lembaga Zakat Negeri Kedah menawarkan Biasiswa Pendidikan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Malaysia
  • Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakan mengikut syarat dan jumlah kuota ditetapkan.
  • Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian.
  • Skim ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.
  • Pelajar yang layak selepas proses saringan diperingkat LZNK akan ditemuduga.

KADAR TAJAAN

Pemohon yang layak akan menerima tajaan LZNK seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa)
    – Jumlah tajaan (Semester): RM3,750
    – Jumlah tajaan (Setahun): RM7,500

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA LZNK

Hanya pemohon yang memenuhi syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan:

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurangkurangnya dua (2) Tahun
  • Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin
  • Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja

Syarat Khusus

  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023.
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
  • Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurangkurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.

SENARAI IPTA

Hanya pemohon yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA berikut sahaja layak dipertimbangkan:

PROSES PERMOHONAN BIASISWA LZNK

  • Permohonan Biasiswa
    – Sehingga 15 Disember 2022
  • Keputusan Panggilan Temuduga
    – Februari 2023
  • Keputusan Permohonan Biasiswa
    – Mac 2023

CARA MOHON BIASISWA PENDIDIKAN LZNK

Pemohon yang berkelayakan boleh buat permohonan melalui Portal Biasiswa LZK di:

Pemohon WAJIB mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan Ibubapa
  • Salinan kelulusan pengajian (PT3/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
  • Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT

Permohonan tidak akan diproses sekiranya dokumen yang dilampirkan tidak jelas atau tidak muat naik pada setiap ruangan yang diminta. Permohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan, Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

  • Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah
  • Tel: 04 7331740/ 013 459 2071
  • Emel: pendidikan@zakatkedah.com.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma