Tawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi – Atlet Cemerlang IPT Sesi 2022 Dibuka
Sukacita dimaklumkan bahawa penawaran Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi – Atlet Cemerlang IPT 2021 akan dibuka melalui permohonan atas talian (online) di laman web rasmi Kementerian bermula pada 25 Mei 2022 hingga 8 Jun 2022.
Biasiswa ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walaubagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan:
– 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/ Dr. Falsafah)
– 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
– 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma - Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MQA di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walaubagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
- Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/ agensi kerajaan/swasta yang lain semasa permohonan dibuat
- Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi atau berpendapatan tetap
- Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Dr. Falsafah dari mana-mana IPT Tempatan
- Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu:
– Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara (perlu lampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara) pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
-Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT - Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dan sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
Pelajar yang layakan akan terima elaun dan kemudahan berikut:
- Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT
- Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh kerajaan
- Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan:
– Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa): RM12,000 Setahun
– Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa): RM6,000 Setahun
– Kategori 3 (Atlet Kebangsaan): RM3,000 Setahun - Perlindungan Insuran Sukan
CARA MEMOHON
Permohonan dibuka secara atas talian bermula pada 25 Mei hingga 8 Jun 2022. Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan biasiswa yang ditawarkan boleh buat permohonan melalui laman sesawang rasmi Kementerian di pautan berikut:
Setiap pemohon hanya layak membuat 1 permohonan sahaja dan diwajibkan memuat naik Surat Tawaran Pengajian dan dokumen sokongan seperti surat pengesahan penyertaan kejohanan. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 25 Jun hingga 6 Julai 2022 (tertakluk kepada pindaan).
Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama 1 salinan cetakan permohonan dan surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 W.P Putrajaya - Tel: 03 8870 6639/ 5188
- Email: salehudin@mohe.gov.my