Tawaran Pengajian & Penajaan Biasiswa Lee Kuan Yew School Of Public Policy Terbuka Buat Pegawai Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon penajaan dan pengajian peringkat Sarjana di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore bagi Sesi 2022. 

Permohonan secara dalam talian dibuka bermula 28 September 2021 sehingga 15 Oktober 2021. Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore (NUS) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian peringkat Sarjana secara sepenuh masa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

PROGRAM YANG DITAJA

Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), National University of Singapore (NUS) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian peringkat Sarjana secara sepenuh masa di bawah program berikut:

  1. Master in International Affairs (MIA) selama 2 tahun tempoh pengajian;
  2. Master in Public Policy (MPP) selama 2 tahun tempoh pengajian;
  3. Master in Public Administration (MPA) selama 1 tahun tempoh pengajian.

SYARAT PERMOHONAN

Pelawaan untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Dengan Penajaan Biasiswa Oleh Lee Kuan Yew School Of Public Policy, National University Of Singapore terbuka kepada individu yang memenuhi syarat berikut:

  • Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana pada 1 Januari 2022;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2018, 2019 & 2020). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan;
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/ pendek seperti berikut:
    – Lebih daripada 12 bulan: Tempoh menunggu 2 tahun
    – Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan: Tempoh menunggu 1 tahun
    – Kurang daripada 3 bulan: Tempoh menunggu Tiada
  • Kursus yang dipohon adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  •  Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;
  • Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental;

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti berikut:

  • Kad Pengenalan (salinan perlu disahkan);
  • Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya bersekali dengan transkrip penuh pengajian (salinan perlu disahkan);
  • Ijazah Sarjana / Ph.D sekiranya ada (salinan perlu disahkan);
  • Senarai tugas terkini (salinan perlu disahkan); dan
  • Curriculum vitae (CV).

CARA MOHON

Pegawai yang berminat atau dicalonkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan dikehendaki membaca dan memahami isi kandungan maklumat penajaan program Sarjana LKYSPP seperti brosur di Lampiran 1 sebelum membuat permohonan.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan (LAMPIRAN A) secara atas talian bermula 28 September 2021 hingga 15 Oktober 2021 melalui pautan berikut:

Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakan melalui PPSM masing-masing serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan secara automatik TIDAK AKAN DIPROSES UNTUK TUJUAN PERTIMBANGAN.

Untuk maklumat lanjut berkenaan biasiswa yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman http://esilav2.jpa.gov.my untuk rujuk brosur dan yang disediakan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma