Tawaran Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP Tahun 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful – Yayasan UMP 2021 kini dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai sesi 2020/2021 di Universiti Malaysia Pahang.
Permohonan adalah terbuka kepada semua bidang pengajian yang berdaftar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan serta panduan permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat permohonan di bawah sahaja akan dipertimbangkan:
Syarat-syarat Asas
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh permohonan dibuat
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian UMP (bagi kemasukan semester 1 Sesi 2020/2021)
- Pelajar yang aktif di dalam Ko-Kurikulum
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
Syarat Khusus( Kelayakan Akademik)
Pemohon yang telah diterima masuk ke UMP pada peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2020/2021 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik berikut:
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
Calon yang tidak layak memohon adalah terdiri daripada:
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan
- Calon yang telah mendapat tajaan daripada mana-mana badan penaja lain
- Pelajar yang sedang mengikuti program / kursus jarak jauh/ separuh masa
- Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Dwi Ijazah, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapatkan di bawah. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2021 jam 4.30 petang ke Jabatan Hal Ehwal pelajar & Alumni di Kampus Gambang atau Pekan melalui salah satu alamat berikut:
- shazwani@ump.edu.my
- azlinamubin@ump.edu.my
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BIASISWA
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Keputusan permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful dijangka akan diumumkan selepas 50 hari dari tarikh tutup permohonan.
Sebarang pertanyaan berhubung permohonan ini bolehlah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP di talian berikut:
- Tel: 09-5492545/ 09-4245700