Permohonan Tawaran Tajaan Biasiswa JPA Untuk Pelajar Cemerlang: Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara Tahun 2020

Isi Kandungan
Permohonan Tawaran Tajaan Biasiswa JPA Untuk Pelajar Cemerlang: Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara Tahun 2020.
Permohonan tawaran penajaan Biasiswa JPA kini telah dibuka khas untuk Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara Tahun 2020.
Program khas ini merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 460 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpilih yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Mohon juga: Biasiswa Petronas
Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan biasiswa JPA ini.
PERMOHONAN PROGRAM KHAS LEPASAN SPM DALAM NEGARA TAHUN 2020
Permohonan program ini adalah dibuka kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dibawah Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara.
Baca juga: Syarat AM Kemasukan UPU Lepasan SPM Sesi 2020 Untuk Pelajar Lepasan SPM 2019, 2018 & 2017
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities(GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
MAKLUMAT PERMOHONAN
Bagi calon yang berminat untuk ikuti program ini, calon boleh membuat permohonan mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020.
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman rasmi Pembangunan Modal Insan JPA.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat umum yang perlu calon penuhi untuk membuat permohonan:
- Warganegara Malaysia dan mempunyai kesihatan yang baik
- Ibu/bapa/ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA
- Calon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
Antara syarat khusus untuk membuat permohonan program:
- Menduduki Peperiksaan SPM tahun 2019 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta, dan calon-calon persendirian
- Mendapat keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada)
- Memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember tahun penawaran biasa
- Sekiranya pelajar ditawarkan lebih daripada satu (1) program penajaan oleh JPA, pelajar hanya layak untuk memilih satu (1) program penajaan sahaja dan tawaran-tawaran lain oleh JPA secara automatik akan terbatal
Jika anda telah penuhi syarat yang diminta berminat untuk membuat permohonan program ini, kemukakan permohonan anda sekarang sebelum 18 Mac 2020. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Sebarang pertanyaan atau masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3070/3555/3045/3066/3076 pada hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang