Permohonan Bantuan Kewangan Biasiswa FWD Takaful Buat Pelajar IPT Kini Dibuka
FWD Takaful Berhad adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD.
FWD Takaful kini menawarkan program biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5,000 atau dalam golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Program biasiswa ini akan membiayai sepenuhnya pengajian untuk tempoh 4 tahun bagi pelajar terpilih.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran biasiswa FWD Takaful dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
BIASISWA FWD TAKAFUL
FWD Takaful kini menawarkan program biasiswa kepada pelajar-pelajar Malaysia daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM5,000 atau dalam golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pelajaran ke institut pengajian tinggi.
Program biasiswa ini akan membiayai sepenuhnya pengajian untuk tempoh 4 tahun (termasuk pra-universiti bagi pelajar lepasan SPM) di universiti yang terpilih. Tujuan Biasiswa ini adalah untuk membolehkan pelajar yang cemerlang dalam pengajian mereka mendapatkan kemahiran dan pengetahuan yang lebih mendalam.
Kami menggalakkan dan mendorong pelajar-pelajar ini untuk melanjutkan pengajian dalam bidang:
- Takaful/ Insurans
- Syariah
- Kewangan/ Kewangan islam
- Teknologi Maklumat
- Sains Aktuari
KOS YANG DITAJA
Program Biasiswa FWD Takaful akan membiayai:
- Yuran kursus pengajian sepenuhnya
- Termasuk yuran pengajian
- Yuran peperiksaan
- Yuran asrama
- Kos sara hidup
- Pembelian komputer riba
- Mesin pencetak dan buku atau bahan rujukan kursus
SENARAI IPTA/ IPTS TERPILIH
Tajaan biasiswa FWD Takaful adalah terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di IPT berikut:
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran Biasiswa FWD Takaful adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- 21 tahun ke bawah pada Januari 2022
- Minima 5A termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik
- Pemohon yang memiliki keputusan percubaan SPM yang memenuhi kriteria di atas digalakkan untuk memohon
- STPM – Lulus Kertas Pengajian Am dan minimum PNGK 3.50
- Pemohon perlu berjaya mendapat tempat di institusi tempatan daripada senarai universiti yang diluluskan untuk melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang seperti dinyatakan
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Pemohon tidak boleh menerima biasiswa/ menerima bantuan kewangan daripada badan atau organisasi lain
- Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh: 23 Februari 2022 – 30 April 2022
Serahan Karangan
Pemohon perlu menyerahkan karangan tulisan tangan sebanyak 500 jumlah patah perkataan untuk menjelaskan:
- Sebab-sebab permohonan biasiswa ini
- Manfaat yang akan diperolehi daripada pengajian yang dipilih
- Rancangan pengajian dan kerjaya pemohon
CARA MOHON BIASISWA FWD TAKAFUL
Sekiranya anda berminat untuk mohon biasiswa ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dalam tempoh ditetapkan. Permohonan boleh dibuat dengan lengkapkan borang permohonan bersama dokumen sokongan dan hantarkan ke alaman berkut:
- Human Resources (Scholarship Programme)
FWD Tafaful Berhad
Level 29, Menara Shell
No. 211 Jalan Tun Sambanthan
59470 Kuala Lumpur, Malaysia
ATAU - Email: scholarship@fwd.com
Sila hantarkan borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan sebelum 30 April 2022. Klik butang di bawah untuk download borang permohonan:
BORANG PERMOHONAN BIASISWA FWD TAKAFUL